“Sampai Ada Yang Balik 1 Pagi,” – Kenang Usaha Staff, Peminat Teruja Tengok Wawa & Aeril Agih Duit Raya ‘Berkepok’!

Share

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel telah pun mengagihkan duit raya kepada semua para pekerjanya bagi menceriakan sambutan Syawal tahun ini.

Menyifatkan mereka sebagai penggerak kepada kejayaan bisnes yang diusahawan, Wawa turut bermurah hati untuk untuk memberikan duit rsya kepada pengguna setia jenamanya.

“Selamat hari raya dari team @wawacosmeticshq. Inilah tulang belakang HQ WAWA. Thank you for dedication & hard work my team! Bulan terbusy adalah bulan puasa. Sampai ada yang balik pukul 1 pagi. Thank you korang.

“Siapa nak duit raya mcm dorang, komen barang apa yang u pernah beli dengan @wawacosmeticshq ok,” jelas Wawa.

Menerusi video yang dikongsikan di Instgaram itu, ia sudah pun mendapat lebih 36,000 tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, peminat menitipkan ucapan yang baik-baik dan tak kurang yang berkongsi mengenai produk Wawa Cosmetics kegemaran.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN