
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel telah pun mengagihkan duit raya kepada semua para pekerjanya bagi menceriakan sambutan Syawal tahun ini.
Menyifatkan mereka sebagai penggerak kepada kejayaan bisnes yang diusahawan, Wawa turut bermurah hati untuk untuk memberikan duit rsya kepada pengguna setia jenamanya.
“Selamat hari raya dari team @wawacosmeticshq. Inilah tulang belakang HQ WAWA. Thank you for dedication & hard work my team! Bulan terbusy adalah bulan puasa. Sampai ada yang balik pukul 1 pagi. Thank you korang.
“Siapa nak duit raya mcm dorang, komen barang apa yang u pernah beli dengan @wawacosmeticshq ok,” jelas Wawa.
Menerusi video yang dikongsikan di Instgaram itu, ia sudah pun mendapat lebih 36,000 tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, peminat menitipkan ucapan yang baik-baik dan tak kurang yang berkongsi mengenai produk Wawa Cosmetics kegemaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/YMPiTDvnd9E
“CCTV Patut Jadi Selling Point, Trauma Isu Libatkan Anak Kecil Di Taska,” – Neelofa

Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa ada menyuarakan rasa kesal apabila pengurusan sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Neelofa menjelaskan dia sebenarnya trauma selepas melihat banyak tragedi melibatkan anak kecil di taska yang tular di media sosial.
“Saya tahu perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Apa yang saya luahkan itu hanyalah perkongsian daripada seorang ibu. Sama seperti ibu-ibu lain di luar sana.
“Walaupun bergelar selebriti, namum, apabila berkait soal keibubapaan, saya juga sama seperti anda semua. Saya hanya mahukan anak saya selamat.
“Sejak akhir-akhir ini, kita sangat trauma selepas melihat banyak video viral mengenai anak kecil di taska.
“Kalau lalu di media sosial, saya tak sanggup nak tengok. Saya minta agar perkara seperti itu dijauhkan daripada kita semua,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis perlancaran produk Nealofar X Disney yang berlangsung di IOI Putrajaya pada Khamis.
Jelas Neelofa lagi, pihak taksa sepatutnya melihat perkara ini sebagai salah satu daya penarik sekiranya mereka menyediakan kemudahan tersebut
“Apa yang saya suarakan itu, walaupun ada yang boleh terima dan tidak, sepatutnya cctv itu boleh menjadi selling point dari sudut pandang pihak taska.
“Mereka boleh tawarkan kemudahan cctv itu untuk menarik perhatian lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Neelofa turut menafikan dirinya terlalu ‘demanding’ sebaliknya dia merasaka akses terhadap cctv ini sepatutnya dinormalisasikan.
“Saya bukan nak bangkitkan isu ada duit baru boleh ada akses cctv. Tidak. Cctv ini sepatutnya dinormalisasikan. Ia merupakan kemudahan yang sepatutnya ada.
“Namun, tetap harus disertakan dengan terma dan syarat. Tak boleh tengok sesuka hati
“Andai kata ibu bapa punyai akses cctv di taska, ibu bapa tidak akan sewenang-wenangnya menunding jari kepada pihak-pihak taska. Mereka juga tidak akan pening kepala,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa akui teruja apabila jenama fesyen miliknya dapat sekali lagi berkolaborasi dengan syarikat animasi popular dunia, Disney.
Menurut Neelofa, sejak kecil, dia amat meminati permaisuri-permaisuri di dalam filem-filem animasi Disney dan menyifatkan kolaborasi ini ibarat mimpi jadi kenyataan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kata Meerqeen, Tak Boleh Main ‘Kaut’ Saja!

Pelakon dan model, Meerqeen mengakui dia kini memilih untuk lebih selektif menerusi mana-mana naskhah yang bakal dijayakan bagi memastikan prestasinya dalam lakonan berada pada tahap yang baik.
Meerqeen, atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menambah, dia juga mahu cabar diri dengan membawa watak seorang psiko.
“Untuk mengekalkan nama dalam industri, saya akui perlu lebih menjadi lebih selektif dan ‘a bit choosy’ dalam memilih projek lakonan selepas ini.
“Kalau saya main ‘kaut’ sahaja, risau nanti peminat akan cepat bosan dengan peranan yang dibawa susulan watak yang mungkin lebih kurang sama dengan projek terdahulu.
“Pada masa sama, saya sudah pun menetapkan haluan karier sendiri dari awal dan tahu apa yang saya perlu buat untuk fasa seterusnya.
“Banyak sahaja watak yang ditawarkan namun di antaranya yang paling saya idamkan adalah karektor psikopat. Lagi ‘gila’ watak psikopat itu, lagi saya mahukannya,” katanya kepada MH.
Bintang drama Melur Untuk Firdaus ini berkata demikian ketika ditemui di Sesi Uji Bakat HeroDewi Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen kini sibuk menyelesaikan baki penggambaran beberapa buah projek lakonan dan komersial.
“Saya kini ada komitmen penggambaran drama bersiri untuk siaran Astro bersama beberapa nama besar yang lain.
“Apa yang boleh saya kongsikan, drama ini mampu memberi nafas baharu kepada karier saya kerana perlu melibatkan diri dalam adegan aksi.
“Kiranya ia sangat berbeza dengan apa yang saya pernah lalui sebelum ini,” katanya lagi.
Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan Aniq Suhair.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
“Saya Perlulah Hormati Majlis…,” – Berhijab Waktu Jadi Pengacara, Pelakon & Ratu Cantik Amy Nur Tinie Ulas Imej Sopan Bertudung

Pelakon dan hos yang cukup sinonim dengan pertandingan ratu cantik, Amy Nur Tinie menjelaskan mengenai penampilannya yang mengenakan hijab ketika mengendalikan majlis pelancaran jenama Madu Madduna, minggu lalu.
Amy atau nama sebenarnya, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 27, menjelaskan dia hanya tampil bertudung litup mengikut kesesuaian majlis seiring dengan kehendak penganjur.
“Mengenai soal ini, saya hanya mengikut apa yang sesuai. Malah ia ada ketika bergantung kepada permintaan klien. Sebab kadang-kadang mereka yang minta untuk saya berhijab.
“Misalnya baru-baru ini saya ada hadiri acara pelancaran anak tudung, jadi saya perlulah menghormati majlis dengan mengenakan persalinan yang sopan.
“Tapi siapalah tahu sampai suatu hari nanti terbuka hati untuk saya berhijab, sampai hidayah… Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya.
Tinie yang juga Miss Eco International 2019 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk madu dari Mesir, Madduna di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Sementara itu, Madduna di bawah payung JF Best Solution Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga produk madu utama di bawah jenama berkenaan iaitu madu asli, madu sitrus dan madu habatussauda.
Menurut pengasasnya, Jadwa Abu Bakar atau mesra disapa Puan Jard,48, berkata, Madduna merupakan syarikat tempatan yang optimis memperkenalkan pelbagai pilihan madu yang diimport dari Mesir.
“Madduna ditubuhkan sekitar 2022, tapi mula diperkenalkan kepada umum sekitar Ogos 2023. Sejak kecil lagi saya sering diajar oleh ibu bapa untuk mengamalkan madu kerana khasiatnya cukup luar biasa.
“Antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
“Selain itu, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan sakit kepala serta madu
Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil “pinocerin” yang hanya terdapat dalam madu,”katanya.
Menurutnya lagi, dia berharap Madduna akan mendapat tempat di hati orang ramai sebagai makanan tambahan wajib harian setiap rumah.
“Kami nak bantu rakyat Malaysia mengamalkan madu dari kecil supaya kita boleh hidup dengan gaya yang lebih sihat selain mengelakkan diri dijangkiti virus kerana dunia sekarang terlalu banyak penyakit dan penting untuk kita tingkatkan imuniti badan dengan Madduna.
“Sebagai permulaan target Madduna adalah untuk menjual 10,000 kotak sebulan dan kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah,” katanya.
Pihaknya pada masa sama ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram selain lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan atau apa sahaja berkaitan Madduna, layari sahaja laman web serta menerusi akaun media sosial rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini