“Saman Tetap Saman, Tak Kisahlah Artis Ke Apa,” – Azad Jazmin

Share

‘Malang tidak berbau’. Mungkin itu situasi yang boleh digambarkan terhadap pelakon, Azad Jazmin apabila dia ditahan pihak berkuasa gara-gara tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Merakam video di tempat kejadian bersama anaknya, pelakon ini reda akan kejadian yang menimpanya pagi tadi.

“Hari ini jadi pengajaran buat saya kerana tidak mengikut peraturan jalan raya. Saya kena tahan polis trafik dan JPJ. 

“Kepada anda semua, kalau memandu, jangan lupa bawa lesen. Tak kiralah anda artis ke apa. Padan muka hang, Azad! 

“Mereka (Polis dan JPJ) tak hairan walaupun saya ini artis, saman tetap saman! Saya bagi pujian kepada PDRM dan JPJ. 

“Padan muka kita semua yang tak naik ikut peraturan,” katanya menerusi video yang dirakam. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata telah memberikan respon pada nasib yang menimpa suami kepada Eyra Syazira itu.

Video : Instagram PakAzad

IKLAN