“Sama-Sama Kita Mohon Ampun Kepada Allah,”- Majliz Ilmu Dibatalkan Kerana PKPB, Zul Yahya Saran Buat Solat Hajat Perdana

Share

Terdapat beberapa majlis ilmu agama terpaksa dibatalkan akibat perlaksanaan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung Malaysia yang dilanjutkan sehingga 9 Disember hadapan.

Pelakon, Zul Yahya ada memberikan pandangan mengenai perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Bagi untuk menghindari perkara tersebut, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya menyarankan untuk mengadakan solat hajat dan qiamulail di semua masjid seluruh Malaysia

“masyaAllah … majlis2 ilmu dibatalkan …

Allah swt tarik satu2 nikmat agama

jom! sama2 kita mohon ampun kepada Allah swt ,

“byk salah kita dan jangan berhenti memohon bantuan dari Allah swt …

“sy cadang kita kena buat solat hajat dan qiamulail perdana disemua masjid2 di seluruh malaysia …

“harap mereka2 yg bertanggungjawab dapat fikirkan perkara ini …#menteriagama,” tulisnya.

Foto: Instagram Zul Yahya

IKLAN