Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pelakon cantik berdarah kacukan, Sarah Hildebrand sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu hos dan model, Nabil Mahir.
Malah difahamkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka sudah pun lebih empat tahun lamanya.
Kemesraan di antara pasangan ini sering kali dikongsikan mereka menerusi media sosial, misalnya di Instagram Nabil sendiri.
Yang pasti bagi yang sedia mengkuti perkembangan mereka sejak dulu, keduanya memang sempoi dan sering bergurau menerusi video yang dimuat naik.
Jadi, jom stalk beberapa foto mesra mereka yang diambil menerusi Instagram masing-masing!
Pelakon Abby Abadi beberapa hari lalu ada memuat naik foto ibunya terlantar lantas menyentuh hati netizen.
Perkongsian foto menerusi Instagram itu adalah berkaitan dengan rutinnya ketika menjaga ibunya yang sedang sakit.
Dalam entri berkenaan, Abby menceritakan status terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.
“Sy usahakan Mak Sy supaya terus solat & Alhamdullillah, Mak kuat. Saya Mandikan Mak. Bagi makan ubat, Inject insulin, Buatkan air, Suap makan Dan paling penting Jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, Tak dapat buat yg sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga , Sebab itu yg pertama ALLAH akan tanya nanti Mak, Mak dengar je.
“Saya cakap lagi, Tiga perkara je yg buleh bawak mati Mak
1. Sedekah jariah kita
2. Ilmu yg bermanfaat yg kita ajar/kongsikan pada org lain
3. Doa anak yg soleh…Mak dengar jug.
“Dan Sy harap ALLAH kuatkan lagi, Kefahaman Mak tentang agama DIA, Amin. Sayang Mak sangat! Doakan Mak Sy kuat ye.
“Esok Mak nak kena tebuk lubang lain kat leher utk dialysis sbb lubang sedia ada takleh guna sbb ada darah buku menghalang huhu.. Doakan ye,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan memiliki penampilan yang cantik dan sentiasa tampil dengan imej tersendiri.
Rozita atau mesra dengan pangilan Che Ta amat menitikberatkan soal menu yang diambil bagi memastikan kesihatan dalaman dan luaran meski usia kekal baik.
Lantas, Che Ta tidak kekok untuk berkongsi tips agar kelihatan sihat dan kelihatan awet muda menerusi akaun Instagrammya.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...