Salur Bantuan Tak Kira Bangsa & Kaum, Zul Yahya Terima Pujian – “Allah Sayang Kita.”

Share

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, tidak kira bergelar selebriti atau tidak ramai yang mengambil peluang untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Bekas pelakon, Zul Yahya ada berkongsi beberapa keping foto ketika memberi sumbangan kepada masyarakat di akaun Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, Zul turut kelihatan memberi bantuan kepada masyarakat yang berlainan bangsa dan kaum.

“Mashaa Allah .. kasih sayang dan nikmat kena di kongsi bersama .. Allah SWT sayang kita ..,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Zul telah mendapat perhatian dan pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap baiknya.

Foto: Instagram Zul Yahya

IKLAN