Ads

Salman Khan Kunyah Seluar Jeans Sendiri

Siapa yang tidak kenal dengan bintang Bollywood, Salman Khan yang sering menjadi hero pujaan setiap wanita.

Terbaru tular di media sosial video yang merakamkan pelakon lelaki tersebut mengunyah benang seluar jeans yang dipakai.

Video itu dirakam ketika dia menghadiri satu acara sempena promosi filem terbaru, Tubelight.
Perlakuannya itu secara tidak sengaja dirakam ketika dia sedang duduk bersama barisan peneraju filem tersebut.

Kelihatan dia memintal benang di seluarnya dan kemudian memasukkannya ke dalam mulut dan mengunyahnya.

Ads

Agak terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh Salman itu. Mungkin dia melakukannya tanpa sedar sedang dirakam oleh kamera dan mungkin juga kerana terlalu bosan menanti giliran untuk ditemuramah.

Ads

Rata-rata yang menonton telah meninggalkan komen berasa jijik dengan perlakuan itu.

Namun ada juga yang menganggap ianya adalah normal dan ramai juga yang melakukan perbuatan seperti itu. Ada juga yang merasakan bahawa tindakannya mengunyah benang seluar jeansnya itu adalah sesuatu yang lucu.

Ads

Sedikit info tentang filem Tubelight, ianya merupakan sebuah filem tentang perang China dan India pada 1962.

Selain Salman Khan, filem ini juga turut dibintangi oleh adiknya, Sohail Khan, Zhu Zhu, Matin Rey Tangu dan ramai lagi. Difahamkan, Shah Rukh Khan juga akan memegang watak di dalam filem ini tetapi hanya sebagai cameo sahaja.

Sumber: Youtube Bollywood CIA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.