Uncategorized

Saleem Iklim Telah Pergi Mengadap Illahi Jam 6.15 Pagi Tadi

Share

Penyanyi terkenal, A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih sinonim dengan nama pentasnya, Saleem dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur pada pukul 6.15 pagi tadi.

Memetik laporan Utusan Online, berita berkenaan telah dimaklumkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

Difahamkan, jenazah Allahyarham ketika ini masih lagi berada di hospital akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Terdahulu, Saleem bersama kumpulan Iklim sedia dikenali dengan barisan lagu malar segar antaranya Suci Dalam Debu dan Bukan Aku Tak Cinta ini dimasukkan hospital akibat kemalangan jalan raya 21 September lalu.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan bintang terkenal itu mengalami patah tulang rusuk.

Foto: Carian Google

IKLAN