Salamiah Hassan Selamat Berkahwin, Atilia Haron Coret Dedikasi; “Alhamdulillah, Im So Happy!”

Share

Penyanyi evergreen, Salamiah Hassan selamat diijab kabulkan bersama lelaki pilihannya, Gerald Hughes, hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan anaknya yang juga penyayi popular, Atilia Haron menerusi Instagram, hari ini.

“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes. Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too.

“Couldn’t be there with you today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug you both! Yay we are familia now! Alhamdulilah. Im so happy!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu menerusi perkongsian terbaru, Atilia memuat naik sekeping foto pasangan mempelai sambil meletakkan emoji berbentuk hati.

“Mama & Gerry ❤️ Sept 1st 2022 – Jannah!,” tulisnya ringkas.

Momen indah itu turut dikongsikan penyanyi lagu Bahagiaku itu di Insta Stories.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti dilihat sama-sama tumpang bahagia, seterusnya mendoakan agar bahtera perkahwinan yang dibina bintang senior yang mesra disapa Mama itu berkekalan selamanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN