Salam Takziah, Nenek Elfira Loy Meninggal Dunia – “Tak Akan Lupa Doa Untuk Atok Hari-Hari.”

Share

Pelakon, Elfira Loy telah berkongsi khabar duka apabila neneknya, Siti Rokiyah Saad yang telah kembali ke rahmatullah.

Menerusi hantaran di Instagram, Ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu upacara pengebumian neneknya telah selesai dan berjalan dengan lancar.

Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun ini mendoakan agar roh arwah neneknya tenang dan mendapat rahmatNya.

“Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.

“Atok fira sayang atok. fira takkan lupa doa untuk atok hari hari, fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok.

“fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga fira mintak atok tak rasa keseorangan atok tak suka sorang sorangkan.

“fira ada kat sini solat untuk atok doa untuk atok sedekah untuk atok. Alfatihah atok, Siti Rokiyah binti saad,” tulisnya.

Link posting

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah kepada Elfira sekeluarga.

“Takziah el, semoga Atok di tempatkan di syurga,” tulis pelakon Janna Nick.

“Salam takziah..semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba hamba yang beriman. Aamin..,” titip seorang peminat.

“al-fatihah.semoga syurga buat arwah atok,” tulis seorang warganet yang lain.

Memetik Kosmo Online, nenek Elfira pernah disahkan positif Covid-19 pada 8 Jun lalu dan telah menjalani kuarantin di sebuah hospital.

Difahamkan, neneknya dijangkiti wabak berkenaan sebaik sahaja menjalani pembedahan kencing manis namun tidak mengalami simptom teruk pada ketika itu.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN