“Salam Ramadan Sayang…,” – Puasa Tanpa Isteri Di Sisi, Video Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah Jentik Jiwa

Share

Selebriti terkenal, Shuib dilihat menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepotong video di Instagram miliknya.

Kali pertama menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, bintang berusia 37 tahun ini jmenzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat.

“Menangislah kerna hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang,” tulisnya ringkas pada di ruangan kapsyen.

Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Shuib

IKLAN