“Salam Kak… Minta Gambar B*gel”, – Individu Nak Foto Gambar Tak Senonoh, Padu Betul Respon Balas Adibah Noor!

Share

Penyanyi dan pelakon versatil, Adibah Noor mendedahkan dirinya ada merima mesej tidak senonoh daripada individu yang tidak dikenali menerusi Instagram.

Melihat kepada teks yang didedahkan, individu tersebut dikatakan meminta Adibah untuk menghantar foto lucah kepadanya.

Tidak melatah, Adibah sebaliknya membalas dengan foto aksi kucing kepada individu berkenaan.

Menurut Adibah, sekiranya dia juga boleh menjadi mangsa, inikan pula para wanita lain di luar sana.

“Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang mintak.

“Bayangkan yang muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak request mcm ni yang mereka terima,” tulisnya menerusi lampiran yang dikongsikan di Twitter.

Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Reaksi lucu Adibah itu kemudiannya tular selepas meraih hampir 7,000 retweets dan 11,000 tanda suka.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian daripada Adibah itu selain turut memberikan pandangan masing-masing.

Sumber: Twitter Adibah Noor

IKLAN