“Salah Satu Langkah Besar Dalam Hidupku,” – Melly Goeslow Akhirnya ‘Potong Usus’, Buat Sebab…

Share

Selebriti terkenal Indonesia, Melly Goeslow memaklumkan dirinya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital bagi persediaan menjalani pembedahan bariatrik atau sinonim disebut ‘potong usus’ sebagai bahasa pasar.

Menurut Melly, meskipun bukan mudah baginya untuk membuat keputusan tersebut, namun dia menyifatkan ia sebagai langkah terbaik untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan ideal.

“Bismillah aku mahu membahagikan momen bahagiaku. Salah satu langkah besar dalam hidupku yang nyata sangat menyenangkan.

“Aku melakukan bariatric. Teman-teman semua silalah cari tahu apa itu bariatric. Aku pasti akan kongsi juga operasinya nanti. Semua ini adalah perjalanan menuju untuk mencapai tubuh ideal dan sihat pastinya,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gantung itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Lantaran itu, dia berharap agar prosedur pembedahan ini dapat berjalan dengan lancar.

“Bersyukur sangat dapat jumpa Dr. Peter. Dia jadikan aku sangat teruja melakukan bariatric. Tak sabar nak kongsikan hasilnya.

“Terima kasih my love Anto Hoed selalu menyokong dan setia menemaniku,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Melly sepanjang menjalani prosedur tersebut akan dipermudahkan.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 400,000 jumlah tontonan di Instagram.

Bintang ini turut berkongsi video terkini mengenai perkembangan dirinya ketika ini menerusi platform sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Melly Goeslow

IKLAN