“Sakit Ke? Atau Nak Tukar Radio?,” – 2 Hari Feeya Iskandar Tak ‘On Air’ Di Suria FM, Ini Sebabnya

Share

Setelah hampir dua hari tidak ke udara bersama stesen radio Suria FM, kekosongan yang ditinggalkan oleh penyampai radio, Feeya Iskandar nyata menimbulkan tanda di hati para pendengar.

Rata-rata pendengar dilihat memberikan pelbagai spekulasi berhubung situasi tersebut.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menafikan segala spekulasi tersebut dan menjelaskan dirinya hanya bercuti sepanjang dua hari ini.

Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat terharu dengan keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh para pendengar.

“Sayang juga pendengar-pendengar dekat Cik Piah ye. Baru dua hari tak dengar suara, risau apa jadi dengan Cik Piah.

“Tak sihat ke? Ke dia tukar radio? Hihi. Cik Piah coti dua hari je. Cik Piah sihat je di sini alhamdulillah. Tukar radio pun idok. Don’t woryy okey,” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik Piah turut memaklumkan para pendengar tidak perlu risau kerana akan kembali semula bertugas di konti pada minggu hadapan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa lega selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Cik Piyah.

“Mesti la. Kalau takda tak boleh dengar dah la potpet potpet.

“Of course la kami sayang Cik Piah. Mak akak antara penggemar celoteh Cik Piah tau.

“Kami semua sayang Cik Piah.

“Cik Piah cepat masuk kerja tau.

“Cik Piah takda sunyi tau kehidupan kitaorang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Cik Piah akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari menerusi segmen Gaya Suria.

Terdahulu, Feeya telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurashid Abd Wahab pada tanggal 6 Mei 2015 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar

IKLAN