“Sakit Hati Sangat Dengan Caption Aku Apahal?,”- Rita Rudaini ‘Naik Hantu’

Share

Menerusi entri terkini pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan kucing peliharaannya.

Umum sedia mengetahui pelakon ini mempunyai kucing peliharaan dan sering berkongsi di media sosial.

“Cantik hang Dahlia….org xtau kata hang janda anak 5 tau…hot 

bergetar tulang rusuk kucing jantan lain tgk hang…ada goyang, rasa insecure kucing betina lain tgk hang dahlia…”tulisnya.

Bagaimanapun, kapsyen gambar tersebut telah membuatkan pelakon yang berusia 45 tahun itu menerima kritikan netizen.

“Malu je kat kucing..buat caption cmtu..apadaaa”tulis individu tersebut.

Lantas, kenyaatan individu tersebut telah dibalas ‘pedas’ oleh bintang filem Mami Jarum Junior itu.

“Lorr awat pulak hang?  Sakit hati sgt dgn caption aku apahal?? Huduh btui hati hang,” balas Rita.

Dalam pada itu, peminat juga turut berasa marah dan berang dengan kenyataan yang ditulis oleh individu berkenaan.

Rata-rata peminat berasa tidak setuju dengan tindakan individu tersebut.

Alahai, memberikan kecaman dan komen yang berbaur negatif kepada orang lain adalah satu perkara yang tidak baik dan sebaiknya kita berkata perkara yang baik-baik sahaja.

Foto : Instagram Rita Rudaini

IKLAN