“Sakit Hati Dengan Mael,” – Lawat Shalma Eliana Di Hospital, Ramai Netizen Makan Hati Dengan Ismail Izzani?

Share

Meluahkan rasa risau apabila teman, Shalma Eliana yang kini sedang dirawat di hospital, penyanyi Ismail Izzani ada memuat naik sekeping foto dirinya di samping si dia.

Difahamkan menerusi Instagram gadis terbabit, dia mengalami patah kaki dan bakal disimen hari ini.

Siapa yang sakit?? gws partner,” tulis penyanyi Bidadari ini.

Bagaimanapun, perkongsiannya kali ini ‘tidak mendapat sambutan yang baik’, khasnya di kalangan peminat wanita.

Rata-rata meluahkan kekecewaan apabila Mael secara tidak langsung menyatakan kasih sayang kepada wanita tersebut.

Terdahulu, keakraban hubungan Ismail dan Elianna terserlah apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di Instagram.

Malah Mael secara tidak langsung menyatakan lagu Cinta yang dikatakan ditujukan khas Shalma Eliana.

Foto : Instagram Ismail Izzani & Shalma Eliana

IKLAN