Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi dikaitkan dengan hal sensasi apabila gambar yang dimuat naiknya menerusi laman Instagram, menerima reaksi pelbagai netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, dilihat memakai baju kurung sulam rona putih lengkap aksesori seperti subang dan gelang kaki bagi menyempurnakan gayanya itu.
Namun, ada yang mengkritik penampilan adik kepada penyanyi radio, Sharifah Shahirah ini apabila dia turut memegang sebatang rokok.
Lalu, ada yang menyifatkan gayanya itu tidak bersesuaian dengan imej wanita Muslimah.
Ads
“Presented as a mom. Imej ini not proper for your kid… tak sopan. Sorry.
“Baju tak sesuai dengan rokok tu, tak sopan sebagai Melayu Islam. Don’t normalise this.
Ads
“Not a suitable image for a woman who wears a baju kurung to hold a cigarette, as the image of a malay woman who wears baju kurung is respectable,” komen netizen.
Ads
Namun begitu, ada juga dalam kalangan pengikut Sakinah memuji gayanya itu yang dikatakan persis watak yang dijayakan pelakon Bollywood, Alia Bhatt dalam filem, Gangubai Kathiawadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru mendirikan rumah tangga pada September lalu, khabar duka menimpa penyanyi veteran Salamiah Hassan apabila suaminya, Gerry Hughes, 68, dilaporkan meninggal dunia pagi Jumaat.
Berita memyedihkan itu disahkan sendiri oleh anaknya yang juga merupakan penyanyi Atilia Haron menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri saya, Gerry Hughes pada hari Jumaat pagi semalam dan ibu saya, Salamiah Hassan sedang dalam perjalanan pulang ke Tasmania,” tulisnya.
Lantaran itu, Atilia turut berharap agar semua pihak dapat memberi ruang buat dia sekeluarga bagi menghadapi satu lagi detik sukar ini.
“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Sekian terima kasih. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Atilia memberitahu dia kini masih lagi menunggu perkembangan lanjut daripada ibunya tentang punca kematian arwah bapa tirinya itu.
“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami.
“Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya seperti yang dipetik
Terdahulu, Atilia juga baru sahaja kehilangan bapa kandungannya pada Julai lalu.
Sekadar informasi, Salamiah telah melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes telah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Atilia Haron, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan dia berdepan masalah nafas yang pendek ketika menyanyi sejurus disahkan positif COVID-19 sekitar tiga bulan lalu.
Jelas Siti, 43, meski sudah sihat, namun kesan terhadap masalah pernafasan itu sedikit sebanyak mengganggu kualiti nyanyiannya ketika membuat persembahan terutama apabila mengalunkan lagu bernada tinggi.
“Saya cuba untuk dapatkan balik semangat itu, dari awal mula latihan dari segi nyanyian dan sebagainya. Setakat ini alhamdulillah berbaloilah saya rasa. Yang penting suara saya tak hilang, itu sahaja.
“Daripada sesi ‘sound check’ dan latihan bersama pemuzik saya buat ‘all out’ sebab mahu kuatkan dada (pernafasan dan paru-paru). Memandangkan konsert berjalan selama dua jam, begitu juga ketika sesi latihannya.
“Alhamdulillah, saya mengharapkan itu sahaja. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik berkat sokongan semua,” katanya syukur.
Siti berkata demikian ketika ditemui sejurus Konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, KLCC, hari pertama, pada Sabtu.
Sementara itu, Siti yang disahkan menghidap Mild Bronchitis pada September lalu turut memberitahu dia kini perlu lebih menjaga pemakanan dan melakukan aktif sihat demi stamina.
“Bila menyanyi kita menggunakan pernafasan, terutamanya paru-paru. Sebab itulah untuk saya kalau alami batuk dan selesema saja pun dah teruk, perkara yang paling saya tak mahu kena.
“Apatah lagi bila diserang Covid-19, alami batuk berpanjangan. Gejala selepas itu, untuk saya sekiranya ambil makanan yang boleh menyebabkan batuk, memang malam saya seperti kena asma. Dia jadi begitu.
“Jadi memang betul-betul kena jaga. Sebab itulah ambil inisiatif dengan melakukan aktiviti sukan, misalnya Muay Thai demi mengembalikan stamina, termasuk pernafasan.
“Sebab selepas terjangkiti Covid-19, memang pernafasan saya pendek. Nak menyanyi, nak ‘tarik’ pun susah sangat. Terutamanya kalau penyanyi, kita punya aset adalah suara. Kalau paru-paru kita tak kuat memang akan vokal tak boleh nak capai tinggi.
“Sebab itulah saya berusaha untuk kembalikan balik ‘vocal range’ yang saya boleh capai dan sebagainya. Cuma ia akan ambil masa. Setakat ini alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan selepas melakukan latihan dan aktiviti sihat.
“Malah Aubrey pun ada cakap keadaan saya semakin baik berbanding sebelumnya. Kiranya ia lebih baik daripada persembahan saya yang terdahulu. Kalau kita susah nak tarik nafas untuk lontarkan vokal tinggi, memang ‘pitching’ pun akan ‘huru-hara, ‘shaking’ dan sebagainya,” kata Siti lagi.
Terdahulu, Konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa ini menyaksikan Siti menyanyikan kira-kita 20 buah lagu popularnya sejak berkecimpung dalam dunia seni lebih dua dekad lalu.
Menariknya, Siti turut menampilkan Datuk Awie sebagai jemputan sekaligus mereka tampil berduet bagi lagi Baldu Biru dan pantun budi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun baru sahaja menghabiskan sesi penggambaran pada jam enam pagi tadi, pelakon dan pengarah, Dato Sri Eizlan Yusof tetap tampak bersemangat di Hari Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam.
Eizlan yang juga Calon Parlimen Sabak Bernam mewakili GTA Parti Pejuang, akui walaupun perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon, namun peristiwa hari ini (Penamaan Calon) tidak boleh dianggap ringan.
“Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara,” katanya.
Pada masa sama, Eizlan akui momen ini merupakan titik tolak baginya untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan seteruskan membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.
“Perasan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun masa sama teruja.
“Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini satu tanggungjawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, pelakon filem Impak Maksima ini berharap masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk dirinya menjalankan tugas.
Beliau tiba ke Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam tepat jam 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.
Kertas pencalonan penamaan calon bagi Pejuang di bawah Eizlan diterima pada jam 9.05 pagi.
Eizlan bakal merebut kerusi P.092 yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Syahsam Photography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...