Sajat Puji Nourul Depp; “Sedap Betul Suara Akak Kita Yang Humble Dan Cantik…”

Share

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat berkongsi sepotong video pendek bersama penyanyi, Nourul Depp ketika mereka sama-sama bertemu.

Sajat yang kini tinggal di negara Kanggaru itu menyifatkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kerana Terluka berkenaan sebagai seorang yang merendah diri.

Di dalam video berkenaan, Sajat meminta Nourul menyanyikan lagu kegemarannya ketika sama-sama berada di dalam kereta.

“Khas untuk Sajat yang baik hati, yang Tuhan kasihi,” kata Nourul sebelum mengalunkan lagu.

“Sedap betul suara akak kita yang humble dan cantik tak dapat Di bawa meeting @nouruldepp. Thank you sis menyanyikan lagi untuk Sajat!

“I love you so much.. take care sis, next time kita boleh jumpa lagi,” tulis Sajat pula menerusi ruangan kapsyen.

Mereka juga sempat melakukan ‘live’ di TikTok bersama-sama.

Terahulu, Nourul berkongsi pertemuan dengan penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu di Sydney ketika bercuti di negara tersebut di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nourul turut meminta ramai agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap perjalanan kehidupan seseorang dan berhenti bertanya mengenainya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik Sajat sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN