Bergurau dan mengusik memanglah sesuatu yang menghiburkan namun jika sampai menghina dan menjatuhkan aib orang itu bukanlah sesuatu yang mengembirakan sebaliknya hanya menyakitkan hati.

Itu yang terjadi pada pengasas produk kecantikan Nur Sajat apabila seorang individu yang terkenal dengan video viral dan parodinya mempersendakan wajah anak kembar Sajat.

Sajat Berang Individu Persendakan Wajah Anaknya!

Melampau! Itu yang boleh MH Online katakan. Mana tidaknya, anak Sajat yang comel itu ditukar rupa dengan wajah yang lain.

Ibu bapa mana yang tidak sakit hati apabila wajah anak mereka dipermainkan sebegitu.

IKLAN

Berang dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu ini, sajat segera memberi respons terhadap isu ini di akaun pelawak tersebut.

Malah, Sajat turut melabelkan individu ini sebagai seorang pelawak yang tiada kualiti kerana tiada modal lain untuk membuat lawak.

IKLAN

Sajat Berang Individu Persendakan Wajah Anaknya!

Bukan itu, Sajat turut memuat naik posting lelaki tersebut di akaunnya dengan berkata dia tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengambil tindakan terhadap individu ini.

IKLAN

Sajat Berang Individu Persendakan Wajah Anaknya!

“Jangan ingat saya diam,awak boleh suka suka hati nak mempersendakan rupa anak saya.. ini dah mengaibkan ini… kepada. XXXX untuk awak saya akan ambil tindakan…jgn suka suka hati nak buat lawak yang tak ada kualiti.. ini awak dah masuk kan pic saya dan edit muka anak saya… AWASSS!” tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, Datuk Aliff Syukri juga turut memberi respons terhadap isu ini dan menganggap lelaki tersebut agak melampau dan menasihati Sajat untuk mengambil tindakan agar memberi pengajaran buat individu tersebut.

Sajat Berang Individu Persendakan Wajah Anaknya!

MH Online harap Sajat bersabar untuk menghadapi situasi ini. Inilah ragam manusia zaman sekarang yang suka ‘berjenaka’ tidak kena tempat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI