Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, kini berdepan dua cabaran undang-undang besar yang boleh menyebabkan beliau kehilangan harta pusaka keluarganya bernilai lebih ₹15,000 crore (anggaran RM8.5 bilion), termasuk beberapa istana dan tanah milik keluarga diraja Bhopal.
Mahkamah Tinggi Madhya Pradesh baru-baru ini membatalkan keputusan mahkamah perbicaraan tahun 1999 yang mengiktiraf Saif, ibunya Sharmila Tagore dan dua adik perempuannya, Soha serta Saba Ali Khan sebagai satu-satunya pewaris harta tersebut.
Kes ini kini diarahkan untuk dibicarakan semula mengikut peruntukan undang-undang warisan Islam, dengan keputusan diminta dibuat dalam tempoh satu tahun.
Istana Noor-Us-Sabah antara harta keluarga Diraja Bhopal yang termaktub dalam pertikaian ini.
Isu utama yang dibangkitkan adalah sama ada harta tersebut patut diagihkan sebagai ‘takhta diraja’ yang diwarisi secara turun-temurun, atau sebagai harta peribadi yang tertakluk kepada pembahagian mengikut undang-undang Syariah melalui Akta Undang-Undang Peribadi Muslim (1937).
Jika pendekatan Syariah diguna pakai, waris lain dari pihak sepupu atau keluarga jauh dalam kerabat diraja Bhopal mungkin juga berhak menuntut sebahagian daripada harta tersebut.
Ads
Ancaman Akta Harta Musuh
Dalam masa yang sama, Saif dan keluarganya turut terperangkap dalam pertikaian berasingan di bawah Akta Harta Musuh (Enemy Property Act 1968), apabila sebahagian besar hartanah pusaka keluarga telah disenaraikan sebagai “enemy property” oleh kerajaan India.
Ini berikutan salah seorang nenek moyang mereka, Puteri Abida Sultan, telah berhijrah ke Pakistan selepas pemisahan India–Pakistan dan meninggal dunia di sana. Susulan itu, penjaga rasmi harta musuh (Custodian of Enemy Property for India) telah mengambil alih pengurusan hartanah tersebut.
Mahkamah turut menolak rayuan keluarga Saif pada awal tahun ini dan memutuskan bahawa mereka hanya boleh mencabar status harta itu melalui tribunal khas dalam tempoh yang telah ditetapkan yang mana setakat ini belum dipenuhi.
Ads
Kekayaan Yang Diwarisi
Keluarga kepada suami Kareena Kapoor ini memiliki beberapa kediaman ikonik termasuk Flag Staff House, Noor-Us-Sabah Palace dan Pataudi Palace di Haryana, yang pernah dijadikan lokasi penggambaran filem dan dikaitkan dengan sejarah India-Mughal moden.
Saif mewarisi darah keluarga Diraja Bhopal melalui neneknya, Sajida Sultan yang merupakan adik kepada Abida Sultan. Manakala dari sebelah datuknya pula, Saif mewarisi darah keluarga Diraja Pataudi.
Saif dalam Istana Pataudi yang dikatakan telah ditebus olehnya.
Saif sebelum ini menyatakan bahawa beliau “menebus semula” Istana Pataudi dengan membeli daripada syarikat hotel yang menyewanya, namun istana lain kekal dalam perbalahan undang-undang.
Ads
Kedua-dua kes ini menempatkan Saif Ali Khan dalam situasi perundangan yang kompleks dan rumit, bukan hanya soal pemilikan harta, tetapi juga berkait dengan identiti, sejarah serta kedudukan keluarga diraja dalam landskap undang-undang India moden.
Sekiranya perbicaraan tidak memihak kepada beliau, bukan sahaja harta fizikal yang akan terlepas, malah legasi berabad keluarganya yang pernah gah sebagai pewaris sah takhta Bhopal juga bakal lenyap dalam lipatan sejarah.
Sekadar info, Bhopal merupakan sebuah negeri berdaulat yang diperintah olah moyang Saif Ali Khan sejak kurun ke 18 sehinggalah 1949 apabila negeri itu dimasukkan ke dalam pembentukan negara India. Bhopal kini merupakan bandar yang berperanan sebagai ibu negeri Madhya Pradesh, India.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein masih berteka-teki mengenai dirinya yang didakwa sedang berbadan dua sebagai mana yang diperkatakan peminat kebelakangan ini.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia tidak akan berahsia sebaliknya akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil anak kedua.
“Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya. Bila dah sampai masa dan dah confirm, saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram.
“Ia untuk cuba berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi Dusta Cinta itu ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro Buka Lembaran Baharu 2021 di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Pada masa sama, Elly mendedahkan reaksi anaknya perempuannya, Putri Sara Sefhia yang turut menyuarakan hasrat untuk mempunyai adik.
“Sefhia memang dah lama tanya pasal nak adik dan peminat pun nak tengok anak bersama suami.
“Kalau betul-betul ada (hamil), saya akan beritahu.Bukan sebab nak tunggu dah masuk bulan ketiga atau bulan keempat baharu nak umum atau apa,” ujarnya lagi.
Sebelum ini tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video menerusi akaun TikTok Suria FM yang menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump.
Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Oprah Winfrey telah mengumumkan sumbangan sebanyak kira-kira RM44 juta (USD10 juta) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, lapor CNN Menerusi Fox8.
Daripada jumlah itu, RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan akibat wabak berkenaan ini.
Perkara terkait juga turut dikongsikan antara selebriti terkaya dunia ini menerusi Instagram.
Sinonim dalam sisi amal kebajikan dan tanggungjawab sosialnya, Oprah sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menghadiahkan hampir 300 buah kereta buat setiap seorang penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show kira-kira 14 tahun dulu.
Terdahulu, selain Oprah beberapa selebriti Hollywood lainnya turut menghulurkan sumbangan berikutan krisis COVID-19 yang meruncing di negara Uncle Sam itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu yang kononnya, dia didakwa kembali menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Fatin bagaimanapun menambah, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang secara terusan memburukkan dirinya.
“Saya tak boleh menutup mulut orang ramai untuk bercakap buruk pasal saya.
“Jika ada yang rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana dakwaan tersebut, dia memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak berminat untuk melayan perkara yang akan menyakitkan hatinya.
“Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.
“Bagi saya apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati.
“Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berharap dia diberi ruang kerana enggan memanjangkan isu terbabit.
Malah, dia juga bimbang kenyataannya disalah tafsir.
“Kalau saya ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
“Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,” pinta Fatin ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulungnya, Satu Jam Saja di Subang.
Terdahulu seorang wanita dikenali sebagai Mag mendedahkan perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter, Ogos lalu.
Wanita terbabit mendakwa Fatin masih menganggu suaminya meskipun sudah membuat permohonan maaf.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz, pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...