Saharul Ridzwan Kongsi Nama Cahaya Mata Kedua, Fateema Azzahra. Mudah Disebut!

Share

Dilahirkan pada tanggal 12 Jun 2020 yang lalu, akhirnya pelakon, Saharul Ridzwan mendedahkan nama anak perempuannya, Fateema Azzahra.

Dalam pada itu, Saharul turut berkongsi foto majlis cukur jambul puterinya itu yang dikendalikan oleh penceramah selebriti, Ustaz Tarmizi Abd Rahman.

“Fateema Azzahra bt Mohd Saharul Ridzwan,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon Drama Korban Kasih itu menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji pemilihan nama tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat hari bapa buat Saharul.

Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3 tahun.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN