Keputusan Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) sudah pun diketahui dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana dijulang pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita tahun ini.
Untuk kategori berkenaan, Nana dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.
Sementara para pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.
AME2019 dihoskan tiga pengacara iaitu Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Ini dia senarai keputusan penuh AME2019:
LAGU MELETOP:Jatuh Bangun
FILEM MELETOP:Munafik 2
HOS MELETOP:Siti Nordiana
Ads
FESYEN MELETOP:Syafiq Kyle
PENYANYI MELETOP:Khai Bahar
BINTANG FILEM MELETOP:Syafiq Kyle
COUPLE MELETOP:Nur Fazura & Fattah Amin
Ads
SI CILIK MELETOP:Yusoff Al Qardawi.
PELAKON TV MELETOP:Syafiq Kyle.
PROGRAM MELETOP:Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
ARTIS BAHARU MELETOP:Eyra Hazali.
Ads
ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu
PENYAMPAI RADIO MELETOP:Johan
GROUP/DUO MELETOP:Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
DRAMA MELETOP:Lelaki Kiriman Tuhan
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA
ANUGERAH KHAS:Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha kini sarat hamil 7 bulan anak kedua hasil perkongsian hidup dengan suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Hanis ketika ditemui MH baru-baru ini berkata, kandungan kali ini membuatkan dirinya berasa cepat penat.
“Pregnant kali ni rasa sangat penat dan mengah. Morning sickness sampai second trimester,tak ada tenaga.
“Masa pregnant Yusuf, morning sickness sampai 9 bulan. Walaupun muntah-muntah masa tu, tapi masih ada tenaga untuk pergi shooting, event sana sini,” kata Hanis kepada MH.
Perkahwinan yang dibina pada Jun 2015 bersama Hairul membuatkan dia lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Hairul banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dia (Hairul) pun seorang yang komited dan sifat kasih sayang yang dia tunjukkan itu, nampaklah dia seorang bapa dan suami yang penyayang,” jujur Hanis.
Dalam perkembangan lain, Hanis baru sahaja dilantik sebagai duta bagi produk barangan bayi, Happikiddo.
Pelakon Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
“Malam tadi malam Jumaat, 1st time kena mengaji dpn BERIBU manusia dalam dewan yg dirakam LIVE ke stesen2 TV hampir seluruh dunia. Korang rasa macam Mana? Walaupun sekadar Surah An-Naba’ ayat 1-3, sampai terlajak ke ayat 4 lah sebab nervous punya pasal,”
“Dahlah patut berganding dg makcik cantik @anitabaharom tapi dia x sihat xde suara lah pula. Bonda ni pun suara x brp nak ade sebenarnya sbb sakit tekak, tapi sbb dah janji dg Penganjur Majlis Tilawah Al Quran, ku turuti jua..”
“Dengan anak dua2 meragam. Nangis teruk sebelum dan masa Mengaji tu. Dengar kan suara #Medina menangis tu.. #iqlima dah selamat dibawa keluar dewan. Memang huru hara Bonda masa tu x menang tangan uruskan Anak2. Mujur ada Shbt2 bantu pujuk mrk sementara Bonda pgg mic. Hehehe..”
“Maka ITULAH hasilnya. Mengaji terketaq lutut..Praktis dan Hafal lagu lain, sekali yg keluar lagu lain.. Redha jelah ya semua..Nak kecam silakan sbb Bonda bukan reti Mengaji bertaranum bagai. Jeles dengar Qari Qariah semua Mengaji hebat tp kita sekadar baca ikut Tajweed yg betul jelah dulu.”
“Ni pun banyak lg nak improve. Sama2 kita baiki baca an Al Quran dengan banyakkan Mengaji. Practice makes perfect.”
“Anyway, TQ #JAKIM. for this opportunity. Nabi SAW kata, yg terbaik antara umat Baginda adalah yg mempelajari Al Quran dan mengajarkannya. Moga Al Quran selalu di hati kita, jadi kawan baik kita. Ameen..SALAM JUMAAT SAYYIDUL AYYAM.”
Berkongsi misi Care4Hunger ketika berada di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah, Diana Amir meluahkan kesedihan apabila ada anak kecil di kawasan tersebut yang rata-rata tidak mempunyai sijil kelahiran kerana terlalu jauh daripada pembangunan.
Malah, ulasnya, perjalanan masuk ke kampung tersebut juga agak sukar sehingga dia sendiri rasa sakit badan.
“Budak2 ni kebanyakannya tiada Birth Cert sebab kg sangat jauh drp civilisation, diana nak smpai kg ni sampai sakit 1 badan.. so ramai yg beranak dgn bidan kampung dan x mendaftar anak2 mereka.. komplikasi bila anak sudah besar, x dpt masuk sek kerajaan.”
Disebabkan tiada sistem pendidikan, penduduk tersebut terpaksa membina sekolah sendiri yang beratapkan daun dan zink.
“Jadi mereka bina sekolah sendiri, beratapkan daun dan zink, ada yang berkipas tp macam “dewan” ni takde kipas, bersebelahan laut, so panasnya hang pikiaq sendiri ? .. peluh di muka sila abaikan.
“Tapi demi menuntut ilmu, mereka dibahagikan bukan ikut umur, tapi ikut tahap masing2 , ikut kaedah 3M , membaca, mengira , menulis. dan ada pendidikan agama.”
Memohon bantuan netizen untuk turut sama menyumbangkan sekadar termampu untuk memudahkan penduduk di sini.
“Banyak yg kita boleh bantu diorg, baju sekolah pun ramai yang tak ada, sistem air bersih dalam pembikinan, in sya Allah telaga air akan di rasmikan oleh NC USIM Ahad ni, semoga itu dapat meringankan beban mereka.
“Sementara tu, kita ajar diorg pemakanan sihat dan dental care. banyak gigi berlubang ni ? takpe budak lg, kita didik skrg so pasni semua generasi Kg Tagupi akan ada kebersihan oral yg menyeluruh.
“Doakan Kami! #Care4Hunger @ir_my#LahadDatu #KgTagupiLaut Nak tag location pun takde dalam system.”
Spekulasi mengenai tarikh kahwin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kembali diperkatakan warganet apabila tular sekeping gambar yang mendakwa...