Sah! Safiey Illias Dah Buang Silikon, Tamatkan Persoalan Netizen

Share

Setelah sekian lama dipersoal akan penampilan yang tetap dilihat dada seperti wanita meski dikatakan sudah nekad berhijrah, Safiey Illias menerusi entri terbaru mengesahkan dia sudah pun membuang silikon di dada.

Memuat naik foto lobi Kompleks Pakar Dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur, usahawan kosmetik ini secara ringkas menulis kapsyen, “Selesai. Alhamdulillah.

Terdahulu, penyanyi Syinta Gila ini memohon doa netizen sebelum menjalani prosedur pembedahan silikon.

Esok saya akan melakukan pembedahan buang silicone . Doakan saya . Mgkin jrg update dan live.

“Mak dan ayah pun dh ada di rumah untuk jaga saya . Yg asyik tanya bila nk buang jd saya update . Nnti sye post silicone nye nak sgt,

” jelasnya.

Tindakannya mendapat sambutan positif netizen dan rata-rata mendoakan semoga lelaki ini terus istiqamah.

Foto : Instagram Safiey Illias

IKLAN