Sah! John Cena Sertai Fast 9, Tiada Lagi Kelibat The Rock?

Share

Bagai menghentikan khabar angin, bintang gusti hiburan WWE, John Cena akhirnya mengesahkan penglibatannya menerusi siri francais Fast Furious, Fast 9.

Perkongsian tersebut dibuat bintang berusia 42 tahun ini menerusi salah satu status di Twitter miliknya, baru-baru ini.

Tulisnya, dia terharu kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada famili siri francais berkenaan.

“Dalam tempoh 20 tahun ini, francais Fast & Furious telah pun menghiburkan para peminatnya dan mencipta momen filem terbesar dalam sejarah.

“Setinggi-tinggi penghargaan untuk saya menyertai francais dan menjadi sebahagian dari famili filem ini,” tulisnya.

Lalu, pendedahan tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminat bintang gusti itu.

Difahamkan juga, The Rock atau sinonim dengan nama pentasnya, Dwayne Johnson tidak lagi terlibat di dalam siri terkini filem tersebut.

Selain Cena, barisan pelakon lain yang membintangi filem tersebut termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Lex Elle dan ramai lagi.

Filem aksi terhebat ini dijangka bakal menemui para peminatnya di seluruh dunia pada Mei tahun hadapan.

Foto: Carian Google

IKLAN