Minggu lalu telah berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di antara pasukan Kedah dan Johor.

Seperti yang semua tahu kemenangan perlawanan tersebut memihak pada Johor Daruk Takzim yang sememangnya terkenal dengan pasukan bola sepaknya.

Bagi meraikan kemenangan tersebut, seluruh ahli pasukan JDT telah berkumpul dan merakamkan momen ghembira, ada yang menari ada yang ketawa keriangan. Terpancar keceriaan di wajah masing-masing.

Namun dihujung video tersebut, kapten pasukan JDT yang memakai jersi nombor lapan, Safiq Rahim telah mengeluarkan ayat yang kurang enak didengar.

IKLAN

“All the haters P***k, Gua Champions sl. BI ak h**m,” tegasnya.

Mengimbas kembali video yang hangat diperkatakan ini, host majlis itu telah memanggil kapten pasukan tersebut untuk memberikan sedikit ucapan tentang kemenangan mereka.

Namun sebelum sempat Safiq bercakap apa-apa, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi peringatan kepada Safiq untuk tidak menyebut perkataan kesat itu.

IKLAN

“Jangan cakap p***k – p***k ya, sampaikan ucapan tahniah,” ujar TMJ dengan tegas.

Kelihatan wajah Safiq ketika itu agak terkesima dengan apa yang diucapkan oleh TMJ dan dia juga turut membalas percakap TMJ itu.

“Mohon ampun Tuanku, tak cakap pun orang lain akan cakap jugak,” balasnya.

IKLAN

Apapun sebagai seorang pemain bola yang disanjung dan sentiasa mendapat perhatian ramai, bagi sesetengah individu Safiq tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sebegitu kerana ia boleh menjadi ikutan kepada golongan muda yang menjadikannya sebagai mentor.

Diharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Tahniah buat pasukan JDT di atas kemenangan yang diraih untuk Piala Malaysia tahun ini.

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI