Safiey Illias Sah Penghidap Depression Disorder, Mula Ambil Ubat Sejak 6 Bulan Lalu

Share

Menerusi posting di Instagram, Safiey Illias berkongsi kesukaran yang sedang dihadapi apabila disahkan mengidap depression disorder.

Ulasnya, pertama kali dia dikesan mengalami masalah tekanan adalah sekitar 2016 lalu iaitu dituduh berhijrah untuk taktik promosi.

Syinta®️penghidap depression disorder dan susah nk tidur kerana otak terlalu aktif . Dh dua kali dh . Dulu masa hijrah sbb orang ckp hijrah sebab marketing.

“Sekarang start ambil balik ubat dh 6 bulan dah . Doakan syinta

®️sihat dan xperlu dh ambik ubat antidepression dan ubat tidur,” akuinya.

Terdahulu, usahawan kosmetik ini telah memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang solat dengan memakai jubah dan memakai songkok.

Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan dan netizen mendakwa gimik tersebut dirancang semata-mata untuk tujuan promosi produk.

Apapun, doakan yang terbaik. Jangan kerana mulut, hati insan lain berjauh hati daripada agama.

Foto : Instagram Safiey Illias

IKLAN