Uncategorized

“Sabar Lah Bang…”, – Isu Jalil Hamid Ditawar Harga Murah Produksi, Nor Khiriah Beri Reaksi

Share

Pelakon senior, Jalil Hamid telah meluahkan rasa sedihnya apabila ada pihak produksi yang menawarkan harga yang  tidak setimpal dengan lakonannya, baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, pelakon Nor Khiriah telah memuat naik entri di Instargamnya tampil memberi sokongan pelakon Bisik Pada Langit itu.

“Berat mata mandang berat lagi bahu mikul, btabahlah abg Jalil..sy fhm apa yg abg rasa,nmun sy tk kuad tuk luahkan smua..sy sndiri adalah bberapa award nmun ttp menerima nsb sama mcm abg..,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagi pelakon drama Jubah Hitam itu, sesebuah anugerah adalah sekadar bukti kepada generasi akan datang (cucu) untuk membuktikan kejayaan sebagai seorang penggiat seni.

“Award itu tidak mjanjikan bulan bintang,gaji yg tinggi even job pn bg..andai kita dh tk dperlukan lg..award tu hnyalah skadar bukti pd anak cucu kita yg kita pernah menang 1 ms dulu..bg..

industry tk pandang gimana jerih perit kita..industry kini..andai #kau muda,cantik blh jual,kontrovesi bbakul..yes..itu yg dbayar mahal,job bsusun,namun Alhamdulillah sy dh leh time smuani.. sb smua akan mrasa..,” tambahnya lagi.

Bagi menenagkan keadaan, Khiriah terus memberi semangat kepada Jalil agar sentiasa bersabar dan bertabah.

“Jgn risau,jgn sedih ye bg..kita dh dpt smua dlu..katakan pd hati..award itu tidak mjanjikan apa2..even nak wat batu nisan pn tk LAKU..maka btabah & sabar..Abg Jalil Hamid insan seni hebat dimata sy…,” jelasnya.

Foto : Instagram Nor Khiriah

IKLAN