Pelakon dan pelawak, Mamat Sepah mengimbau semula kisah motor kesayangannya, Yamaha RXZ yang disifatkan banyak berjasa kepadanya sebelum bergelar artis.

Katanya, motor ini pernah menjadi punca rezekinya sewaktu berkerja di kilang bersama rakan baiknya Nadzri yang kini dikenali sebagai Jepp Sepahtu.

Kisah tersebut telah dikongsikan oleh Mamat menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Ni rxz lagend wa zaman 2003-2008. Bile tgk moto ni tringat zaman2 main haram dlu baring atas moto. Z ni la banyak mlahir knangan zaman dlu2 dan Z ni la mjadi pnca cri rezki msa keje kt kilang surat kabo nstp.

 

“Hari-hari saya akan pi kje dgn mmber baik wa nadzri,dia bwk moto SS,asap ss dia bau ikan goreng beb, mngkin 2T dia pkai minyak msak mak dia Z dan SS tu byk menyaksikan keakraban kami bdua di waktu susah hingga mnjadi kini.

 

“Waktu berlalu biarkn ia pergi. now kite nk bukak balik game juara2. main 3km hiway JPO. klu on ksi komen ckit,” tulisnya.

Sementara itu, bekas ahli kumpulan Sepah, Shuib Sepahtu turut memberi tahu motor tersebutlah yang telah membawa mereka ke uji bakat Raja Lawak suatu ketika dahulu.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Sepah berasa kagum dengan perjalan pelawak-pelawak tersebut ketika ini dan mereka turut berharap agar suatu masa nanti Sepah akan bersatu semula.

Semoga kisah mereka ini dapat dijadikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berusaha dan jangan berhenti untuk mengejar cita-cita mereka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI