Sinonim dengan wataknya yang ‘gila-gila’, pelakon Sharifah Sakinah mempunyai sisi lain yang mungkin jarang diketahui orang ramai.
Siapa sangka, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini menghidap disleksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).
Difahamkan, ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.
Malah, Sakinah mengakui bahawa takut untuk memandu dalam keadaan jarak jauh.
“Sampai sekarang saya takut untuk memandu kerana orang yang menghidap disklesia tak tahu kiri kanan. Saya tak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu yang menyebabkan saya takut salah tekan.
Ads
“Saya boleh memandu cumanya dalam jarak yang dekat dan pastikan tiada gangguan seperti kereta dan lori yang banyak,” kata Sakinah kepada MH.
Sakinah ditemui di Shah Alam lewat petang semalam sejurus selesai pengambaran program TV, Media Hiburan Xcess berkata, dia mengalami trauma selepas kemalangan menimpanya beberapa tahun lalu.
Ads
“Saya pernah mengalami kemalangan ketika sedang hamil dan sebab itu saya jadi takut untuk memandu lagi. Saya akan jadi trauma.
“Kalau saya memandu, saya akan pandang belakang kalau-kalau ada kereta laju dari belakang,” katanya jujur yang sudah empat tahun tidak memandu.
Ads
Bagaimanapun, Sakinah menasihati kepada mereka diluar sana yang mengalami masalah sama, perlu segera berjumpa doktor.
“Sebaiknya mereka perlu berjumpa doktor dan perlu bercakap dengan seseorang untuk kurangkan masalah tersebut.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada seorang anak ini terlibat dalam program realiti komedi, All Stars Buka Panggung yang bersiaran di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Di samping itu, Sakinah juga menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program hiburan, Media Hiburan Xcess yang akan disiarkan pada 3 Oktober ini di Astro Prima (105) dan Prima HD (121) jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Congratulations anak dibu!!!!!? I hope & wish for next another 17years from now u will hold real scroll & and wear a real robe for your university convocation…
Thank you so much to all teachers who are involve with arrian growing & never give up to teach and give him a lesson for any single things…teacher chris,teacher wawa, teacher rinuka, teacher lina, teacher dila & all teachers that resign earlier,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rahayu turut mendoakan kejayaan anaknnya yang berusia enam tahun itu.
“Ibu doakan arrian berjaya dalam apa sahaja bidang yang arrian ceburi….dan berjaya juga dalam ilmu akhirat…hidup mau balance!!!hope all your wish will come true too.. Bermula satu chapter yang baru yang lebih serius lebih fokus lebih segala-galanya…ibu,ayah & andra will always love you forever & ever, ” tulisnya lagi.
Susulan itu, netizen turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan Aririan dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Foto : IG Ayu Abas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...