Pelakon, Maya Karin mendedahkan dirinya pernah berlakon untuk sebuah produksi Hollywood sewaktu usianya 17 tahun.

Menurut Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, sepanjang menjayakan filem tersebut, dia telah menerima bayaran sebanyak RM2,076 (AS$ 500) meskipun hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan (extra).

Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman
“Ahaha! Yes it is, my first movie gig when I was 17 terus masuk Hollywood haha. Extra je.

“500 bucks for one night work, as a 17 year old that’s kechingg!,” tulisnya.

Pendedahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon dilem, Cun itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

IKLAN

Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman

Perkara tersebut mula menjadi perhatian selepas seorang netizen terlihat wajah Maya yang muncul menerusi filem, Entrapment yang ditonton menerusi platform penstriman, Netflix.

Jelas Maya lagi, jumlah bayaran yang diterima itu sememangnya amat besar bagi seorang anak gadis yang baru berusia 17 tahun.

Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang berharga buat Maya.

“Damn ade Sean Connery a.k.a James Bond la dlm cite ni fuh mantap.

“Pehh ni another level of flex ni. Humble gila Kak Maya ni. Adore la.

IKLAN

“One of my favourite movie. Seronok tengok mendiang Sean Connery datang KL.

“OMG, okay nak tengok sebab ada Maya Karin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman Rupanya Pernah Berlakon Filem Hollywood Sama Catherine Zeta-Jones & Sean Connery, Maya Karin Kongsi Pengalaman

Filem aksi yang dibintangi oleh pelakon-pelakon superstar Hollywood seperti Catherine Zeta-Jones, Sean Connery dan Will Patton ini menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar bandar raya Melaka dan Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas (KLCC) serta Stesen LRT Bukit Jalil.

Sumber: Twitter Maya Karin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI