Rupanya Mawi Sudah 11 Tahun Berhenti Hisap Rokok!

Share

Bersempena dengan sambutan hari tanpa tembakau sedunia, penyanyi dan penyampai radio Mawi mendedahkan sudah 11 tahun tidak lagi bergelar perokok.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mendedahkan dia telah mula menghisap rokok ketika usianya berusia 18 tahun dan berjaya berhenti pada usia 29 tahun.

Dalam pada itu, juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini mendoakan kepada semua perokok di luar sana berjaya berhenti menghisap rokok seperti dirinya.

“Dulu aku kuat merokok. Aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun & aku dapat berhenti merokok pada umur aku 29 tahun.

“Hari ini 31 Mei merupakan hari dunia tanpa tembakau. Aku doakan korang bebas dari tembakau. Selamat hari dunia tanpa tembakau #bebastembakau #prayforsmokeeater,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan bangga dengan tindakan Mawi yang telah berhenti daripada menghisap rokok.

Foto: Instagram Mawi

IKLAN