Bersempena dengan sambutan hari tanpa tembakau sedunia, penyanyi dan penyampai radio Mawi mendedahkan sudah 11 tahun tidak lagi bergelar perokok.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mendedahkan dia telah mula menghisap rokok ketika usianya berusia 18 tahun dan berjaya berhenti pada usia 29 tahun.
Dalam pada itu, juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini mendoakan kepada semua perokok di luar sana berjaya berhenti menghisap rokok seperti dirinya.
Ads
“Dulu aku kuat merokok. Aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun & aku dapat berhenti merokok pada umur aku 29 tahun.
“Hari ini 31 Mei merupakan hari dunia tanpa tembakau. Aku doakan korang bebas dari tembakau. Selamat hari dunia tanpa tembakau #bebastembakau #prayforsmokeeater,” tulisnya.
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhami Saad menyifatkan keputusannya untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah harian biasa sebagai langkah tepat, lebih-lebih lagi setelah kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Jelas Suhaimi, keputusan kerajaan itu membuktikan manusia tidak seharusnya bergantung harap kepada sijil pelajaran semata-mata, sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada rezeki tuhan.
“Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak.
“Nanti anak-anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja. Payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.
“Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantungharap pada Tuhan. Bukan makhluk.
“Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, kejayaan seseorang manusia itu bukan hanya boleh diraih menerusi bidang pelajaran semata-mata tetapi banyak lagi cabang-cabang yang lain.
Awal minggu lalu, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan memansuhkan UPSR dibuat hasil penglibatan daripada pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu akibat COVID-19.
“Sejak pembatalan UPSR tahun lalu, kementerian membuat penelitian mengenai kaedah pentaksiran, kita juga melihat apa kaedah terbaik dilaksanakan di negara lain, di peringkat sekolah rendah. Kemudian kita meneruskan dengan libat urus bersama guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan berkaitan.
“Hasilnya, kita mengambil keputusan bahawa UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber: Instagram Suhaimi Saad & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terperangkap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan bagaimana Anis terpaksa meneruskan hidup menjaga anak majikan yang masih kecil merupakan intipati utama dalam telefilem Bebenang PKP Anis yang pastinya memberikan perspektif berbeza kepada sesiapa yang menontonnya.
Tanpa ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis Kemboja bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.
Bagi penerbit Indigital Sdn. Bhd., Nana Mohd Rom, dia menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis Kemboja ini sangat menarik, ditambah dengan apa yang berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua.
“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.
“Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” kata Nana lagi.
Bakal ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 15 Mei (hari raya kedua) pukul 9 malam, Bebenang PKP Anis yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibintangi oleh Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.
Penggambaran yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.
Wanita tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi & Lisdawati).
Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik dari sehari ke sehari.
“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar negara.
“Malah, kisah ini juga pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” tambah Nana lagi.
Drama Bebenang PKP Anis turut mendapat dana daripada Program OTT/TV (Perlaksana), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama fesyen muslimah Naelofar mengambil inisiatif tersendiri dengan melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ mengenangkan situasi semasa yang berlaku di Palestin.
Lalu, 100 peratus keuntungan jualan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction seiring kempen Naelofar For Humanity yang berjalan menerusi platform Instagram.
Neelofa berkata, inisiatif ini dilakukan khusus untuk menggalakkan orang ramai akan keadaan terkini di Palestin dan dalam masa sama mengajak mereka yang berkemampuan menghulurkan bantuan.
“Menerusi kempen Naelofar For Humanity ini, objektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna, juga dapatmemberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.
“Justeru, 100% keuntungan yang diraih menerusi Naelofar For Humanity Weekend Specials akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction.
“Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar, Mohamed Aqief, pula menerusi satu kenyataan menjelaskan, pihaknya turut memberikan dana berjumlah RM50,000 sebagai permulaan kempen.
Kempen ‘Naelofar for Humanity’ akan bermula hari ini turut melibatkan penyertaan ramai selebriti yang turut melaungkan ikrar “I stand for Humanity, I stand for Change’ demi memperjuangkan perubahan di Palestin.
Jualan hujung minggu berkenaan akan diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.