Mungkin ramai yang tidak tahu, hampir dua tahun pengacara dan pereka fesyen streetwear, Karl Shafek bertarung dengan diri sendiri selepas mengalami masalah mental sehingga menyebabkan depresi.
Dia bagaimanapun cuba untuk terus positif dalam meneruskan kehidupan di samping meneruskan kerjaya dan bidang seni dan fesyen.
Syukur, keadaannya kini kian baik dan Karl gembira dengan perubahan yang sedang dialaminya ketika ini.
“Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami insiden-insiden pelik seperti dulu.
“Tambahan pula, saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri,” katanya.
Mengimbau kembali saat dirinya dibelenggu depresi, Karl berkata, ada beberapa perkara yang dilakukannya pada sehingga hampir meragut nyawanya sendiri.
“Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan, saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.
Ads
“Tetapi, pada waktu itu, tiada sesiapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai,” katanya.
Karl ditemui pada acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, pada Ahad.
Berkongsi mengenai pendapatnya soal tanggapan orang ramai terhadap selebriti yang kerap terkait dengan masalah mental, ini pandangan Karl;
“Ramai yang kata mereka yang mengalami masalah mental ini suka mencari perhatian, tetapi bagi saya, tanggapan itu salah.
“Hal ini kerana, ada yang benar-benar disahkan menghidap masalah mental dan ada juga yang self-claim mengalami masalah berkenaan. Apa pun, saya harap yang struggle macam saya akan pulih,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, koleksi baharu Neonate Clothing, Noir sebenarnya diinspirasikan daripada pengalaman sendiri yang berperang dengan kesihatan mental, di samping kepayahan yang dilalui oleh rakyat Malaysia sewaktu fasa pandemik COVID-19.
“Selalunya, koleksi Neonate menampilkan warna-warna terang. Namun, disebabkan mengambil inspirasi daripada hal-hal yang ‘muram’ kami bercadang untuk menampilkan warna-warna gelap untuk koleksi kali ini.
“Saya harap agar setiap mesej yang ingin saya sampaikan melalui koleksi ini dapat diterima oleh penggemar fashion di luar sana,” katanya.
Ads
Menampilkan sebanyak 30 rekaan, koleksi Noir yang turut disokong oleh Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan muse pilihan Neonate iaitu Nam Ron, Abdul Latif Romly, Sabronzo daripada kumpulan pop Dolla, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek popular Bosco dan Aidil Maula.
Kamya Glow pula merupakan minuman botani yang membantu mengurangkan masalah kulit muka seperti jeragat, kulit kering, tona tidak sekata, jerawat, parut jerawat, tompok hitam dan kusam. Ia juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan berfungsi sebagai anti-penuaan.
Kolaborasi di antara Kamya Glow dan Neonate juga selari dengan matlamat mereka di mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.
Malah kolaborasi unik di KLFW ini juga melaungkan mesej bahawa kebangkitan dari zaman sukar sudah tiba. Semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi diantara Kamya Glow dan Neonate.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semakin menjadi-jadi selebriti menyahut cabaran #10yearschallenge.
Rata-rata daripada mereka termasuk pengguna media sosial lain gigih selongkar kembali foto-foto tahun 2009 untuk dipadankan dengan yang sekarang.
Bagaimanapun, awas ya sebab korang mungkin sedang diperhatikan sebab itu antara kata-kata penulis di laman Wired.com.
Kate O’Neill, besar kemungkinan trend ini adalah percubaan syarikat gergasi untuk melombong data.
“10 tahun lepas mungkin saya akan terlibat sama dengan trend ini dan muatnaik gambar di laman Facebook dan Instagram.
“Terfikir bagaimana data ini akan digunakan untuk melatih proses pengecaman wajah melalui perbezaan dan pengecaman umur.”
Jadinya, besar kemungkinan kita semua sedang memberi maklumat percuma kepada syarikat media sosial untuk dieksploitasi.
2. Ancaman Siber. Maklumat data ini boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk menganalisis kehidupan peribadi anda.
3. Perbezaan wajah yang dipaparkan memudahkan syarikat media sosial menjual data kepada pengiklan dan anda kini dalam pemerhatian.
4. Sasaran polisi insuran. Melihatkan perbezaan tubuh badan dan bentuk wajah, mudah untuk agen insuran menawarkan polisi. Daripada kurus kepada gemuk, mudah dapat penyakit dan lebih senang menjual insuran.
5.Risiko paling besar. Agen mengumpul dosa bak kata ustaz ustazah. Semua galak membandingkan wajah 10 tahun yang lepas sampai terlupa batas dan maruah.
Sumber: wired.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon terkenal, Rita Rudaini memaklumkan anaknya sulungnya, Rayyan Rizqin telah dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Menurut Rita, insiden tersebut berlaku selepas sehari anaknya itu pulang ke sekolah asrama setelah cuti hari raya.
“Episod satu. Kejadian minggu lepas. Hari pertama sekolah selepas cuti hari raya. Isnin hantar ke sekolah, Selasa dah parah tangan,” tulisnya.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu belum mendedahkan punca sebenar anaknya itu terlibat di dalam kemalangan tersebut.
“Sebab? Bersambung episod dua. Terima kasih kepada yang mendoakan Rayyan dan terima kasih hospital tampin,” kongsinya lagi.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kerasnya Takdir itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Stories pula, Rita akui kurang senang dengan tindakan segelintir pihak bertanyakan soalan-soalan sensitif mengenai kecederaan anaknya itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, ramai beranggapan ia berkait rapat dengan bekas suaminya.
Jelas Rita, dia kini sudah bahagia bersama anak-anak dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.
“Sikit-sikit nak tag ‘arwah’. Sikit-sikit tanya ‘si polan datang tengok ke?’ Adoi, sudah-sudah la tu. Korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa untuk diorang?
“Tak ada kan. 14 tahun dah. Dah berbulu dan berjanggut. Jadi, tak payah la. Nak bersua pun nantilah. Bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” tulisnya.
Menjelaskan ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkhabaran tersebut selain turut mendoakan semoga Rayyan lekas sembuh seperti sedia kala.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas viral kisahnya yang hadir ke pasar pagi di Taman Tun Dr. Ismail dengan mengenakan persalinan saling tak tumpak seperti patung Barbie tidak lama dulu, usahawan kosmetik sensasi Izubiela sekali lagi ‘memancing’ perhatian ramai.
Semuanya gara-gara penampilan fizikal dan ‘ball gown skirt’ rona biru zamrud yang dikenakan pengasas Puteh Gebu DBella ini beberapa hari lalu dikatakan sama seperti kek hiasan patung!
Malah persamaan tersebut turut menjadi bahan bualan netizen di media sosial, termasuk selebriti misalnya Zoey Rahman, sebagaimana yang dikongsikannya menerusi salah satu posting di Instagram.
“[FanatikGila] Ya allah , xsangka Orang ingat Gambar Bella ni Kek. Ramai DM bella , Ade yg sanggup edit gambar bella atas kek lah dan juga edit gambar bella macam kek.
“Ade yg sanggup Jugak Nk tempah kek Betul macam ni. Allahuakbar… Bella sangat Terharu. Uols swipe LEFT , ade beberapa org Yg DM Bella. Fanatik betul‼️‼️ TAPI ?Kek ni xjual tauuu . Hehehe,” tulisnya.
Pada masa sama, ia turut menjadi bualan di pengguna Twitter dan Facebook bersama komen-komen yang mencuit hati.
so, my dad belikan kek birthday untuk my mom. terkejut my mom, lawa betul nampak real.
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.