“Rupanya Abang Cleaner Cuti, So Diaorang Nak I Gantikan,” – Barangkali Ini Ucapan Hari Pekerja Paling Kreatif Dari Diana Danielle!

Share

Bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja semalam, ramai di antara pengguna media sosial yang memberikan dedikasi sempena sambutan berkenaan dalam pelbagai cara yang kreatif dan lucu.

Malah, selebriti juga tidak terkecuali memberikan kapsyen paling win buat hiburan para peminat mereka di platform Instagram.

Misalnya pelakon Diana Danielle yang tampil berkongsi beberapa foto kandid dirinya yang sedang posing bersama mop lantai!

“Astro call I cakap ada kerja…. so I datang la cantik2. Rupanya abg cleaner cuti so diorg nak I gantikan. Selamat Hari Pekerja SEMUA, korang rehat k I gantikan. Sejam seribu jew,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada penaja pakaiannya pada hari itu.

Difahamkan, pelakon filem Hanyut itu berada di Astro baru-baru ini untuk sebuah program hiburan.

Lalu, entri yang sudah pun mendapat lebih 45,000 tanda suka itu disertai dengan pelbagai komen netizen, termasuk rakan selebriti lainnya.

 

Aduhai, macam-macam kan? Yang penting posing dengan mop pun, Datin popular ini telahlah lawa!

Foto: Instagram Diana Danielle

IKLAN