Selain adik beradik Uqasha Senrose serta ahli keluarganya, rupa-rupanya Hefny Sahad juga terkena tempias kecaman kontroversi yang melibatkan pelakon jelita itu.

Tidak mengulas panjang tentang isu ini, Hefny yang juga merupakan individu paling rapat dengan Uqsha serta ‘kekasih’nya menjelaskan dirinya langsung tidak tahu apa yang terjadi sehingga perkara ini diberitahu oleh teman-temannya.

Menurut Hefny ramai tidak tahu sebenarnya hubungannya bersama Uqasha sudah lama putus sejak awal tahun lalu.

Rupa-Rupanya Hefny & Uqasha Sudah Tidak Berhubung, Ini Penjelasan Hefny Sahad Tentang Isu Kontroversi Tersebut!

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, Hefny turut menjelaskan mereka telah membawa haluan masing-masing dan tidak menghubungi sejak hari terakhir bersama.

Bagaimanapun Hefny, mengakui sangat terkejut dengan apa yang terjadi namun dia enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara itu kerana tidak tahu menahu.

Rupa-Rupanya Hefny & Uqasha Sudah Tidak Berhubung, Ini Penjelasan Hefny Sahad Tentang Isu Kontroversi Tersebut!

IKLAN

Dalam pada itu, Hefny sempat berkata sekirannya tidak tahu menahu, lebih baik diamkan diri.

“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.

 

“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

 

“Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.

 

“Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam,” jawabnya kepada Harian Metro.

Rupa-Rupanya Hefny & Uqasha Sudah Tidak Berhubung, Ini Penjelasan Hefny Sahad Tentang Isu Kontroversi Tersebut!

IKLAN

Hefny dan Uqasha pernah menjalinkan hubungan bersama selama kurang dari setahun dan akui mereka putus bukanlah sebab orang ketiga sebaliknya lebih selesa menyimpan alasan tersebut sendiri.

SUMBER : Harian Metro

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI