Rupa-Rupanya, Datuk Awie Baru Pulang Dari Tunai Umrah, Sambut Hari Jadi Di Tanah Suci

Share

Vokalis rock senior, Datuk Awie selamat pulang dari mengerjakan umrah semalam.

Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut keluarga dan rakan terdekat. Turut kelihatan ialah bersama peminat yang juga dikenali sebagai Sayap-Sayap Wings.

Menerusi Instagram Sayap-Sayap Awie, akaun berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat semua yang memberikan doa buat penyanyi tersebut sepanjang berada di tanah suci.

“Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa serta ucapan.

Malah, difahamkan juga, pada 24 November lalu, Sayap-Sayap Wings ada memuat naik satu status sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat penyanyi Tragedi Oktober yang pada ketika itu mengerjakan umrah.

“Sayap-Syap Wings ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Dato’ Awie yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Semoga dipermudahkan serta memperoleh umrah yang mabrur.

“Kami mendoakan agar Dato’ Awie dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya dalam apa jua yang dillakukan, dimurahkan rezeki, ceria selalu di samping keluarga tercinta dan diberkati-Nya,” tulisnya lagi. 

Foto: Instagram Sayap-Sayap Awie

IKLAN