Penyanyi Siti Sarah menegaskan bahawa individu yang mahu menjadi seorang artis bukan tertumpu pada rupa dan bakat semata, sebaliknya perlu memiliki sesuatu yang luar biasa.
Menerusi perkongsian penyanyi lagu Semakin itu, Sarah amat menitik beratkan mengenai Xfactor yang ada pada diri setiap individu.
“Kalau tanya saya antara rupa dan bakat mana lebih penting ?? Saya akan kata Xfactor .. ‘kenapa? sebab X factor ni tak semua org ada … rupa boleh di touch up … Bakat boleh digilap .. Xfactor its a GIFT !!
Ads
“Tak boleh dapat kat mana2 .. Pernah tak tengok org berlakon muka cantik, belakon pun pandai…. tapi macam ada kekosongan disitu .. kenapa?
“Ok lagi satu contoh , ada org yg bersuara sama seperti artis A , kadang wajah dia lebih cantik atau kacak dari artis A …tapi kenapa dia tak boleh jadi setaraf dengan artis A..?sebab maybe X factor tidak ada.. wallahualam, tulis Sarah.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Linda Nanuwil mengakui dia rasa pelik kerana sejak dahulu lagi, ada spekulasi yang mendakwa dirinya sudah mendirikan rumah tangga.
Malah katanya seperti yang dipetik Kosmo! Online, dia sudah beberapa kali memberikan kenyataan, menafikan dirinya sudah berstatus isteri orang dan pernah berkahwin.
Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, turut menambah, meski hampir 15 tahun menyepi, perkara tersebut tetap ditanya peminat khasnya di media sosial.
“Saya pelik sejak dari dulu sehingga kini, saya selalu dikatakan telah berkahwin. Saya masih bujang dan tidak pernah berkahwin dengan sesiapa seperti dakwaan umum di luar sana.
“Sebenarnya, telah beberapa kali saya keluar dengan kenyataan ini. Namun saya perlu ulangi kenyataan supaya tidak lagi menjadi persoalan dalam kalangan netizen,” katanya.
Pada masa sama, bintang berusia 35 tahun ini juga menafikan ada mengenali ahli politik sekali gus menyebabkan dirinya berundur dalam dunia seni.
“Saya tidak pernah berjumpa atau keluar dengan sesiapa pun yang bergelar ahli politik,” tegasnya yang turut mengaku sedang mengenal hati budi seseorang tetapi belum bersedia untuk ke suatu fasa lebih serius.
Sementara itu, Linda bakal membuat kemunculan semula secara eksklusif di sebuah konsert bersama 12 bekas pelajar AF2 pada Ogos depan.
Sumber: Kosmo! Online, Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.
Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.
“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.
“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak
“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.
“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,
Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.
“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.
“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...