“Rungis Market Paris Bertukar Kepada Rumah Mayat,” – Pasar Borong Makanan Terbesar Dunia Jadi Rumah Mayat, Iesya Toh Kongsi Info

Share

Perancis kini menduduki tangga kelima kes jangkitan Covid-19 tertinggi dunia dengan 92,839 mangsa positif dan 8,078 jumlah kematian.

Disebabkan jumlah kematian mendadak di negara berkenaan, Rungis Market yang merupakan pasar borong makanan terbesar di dunia kini difahamkan kink bertukar menjadi ‘rumah mayat’.

“Dulu RUNGIS MARKET ni mmg penuh mcm2 brg kperluan ada! Ya laa.. Pasar borong MAKANAN TERBESAR DI DUNIA!! .

“Hari ini kali kedua RUNGIS MARKET PARIS bertukar kepada RUMAH MAYAT sementara susulan peningkatan jumlah kematian di Perancis akibat Covid-19.

“Swipe left tgk perubahannya. #JustStayAtHome #PlsStayAtHome,” kongsi Iesya Toh di laman Instgaram miliknya.

Menurut BBC, pasar borong itu telah menempatkan lebih 1000 mayat mangsa Covid-19 di sebuah bahagian tertentu, walau bagaimanapun Rungis Market masih beroperasi menjual daging, ikan dan sayuran seperti biasa.

Foto : Instagram Iesya Toh

IKLAN