Pastinya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon lelaki, Adam Shahz telah pun bercerai dengan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Fatin Afeefa.

Mereka sudah pun berpisah lebih daripada tiga bulan. Namun hubungan mereka masih lagi akrab seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Semalam, MH Online yang kebetulan berada di tempat kejadian melihat sendiri betapa akrabnya pasangan ini. Kedua-duanya telah berada di hari sukan sekolah anak sulung mereka.

“Alamak, mana nak lari ni?,” ujar Adam berseloroh.

Apabila diajak berbual, Adam dan Fatin mengakui mereka masih lagi baik bukan sahaja kerana anak tetapi juga kerana masih ada lagi perasaan sayang antara mereka.

Rujuk Semula: Adam Shahz – Fatin Fikir Panjang

“Semua ini adalah angkara orang ketiga. Terlalu percayakan orang luar sampaikan perkahwinan menjadi mangsa. Selepas perkara tersebut, baru kami tahu siapakah dalang yang menjadi punca perceraian ini,” jelas Adam mengeluh.

Apabila ditanya mengenai rujuk semula dengan Fatin?

IKLAN

“Kami pernah berbincang hal ini namun buat masa ini biarlah kami begini dahulu. Biarkan kami fikir panjang sebelum membuat apa-apa keputusan. Kita tak mahu jadi sekali lagi perkara yang tak diingini. Jadi sekarang ni kami selesa sebagai kawan dahulu dan kemudian barulah fikir langkah seterusnya,” ujar Adam.

Melihat akaun Instagram milik Adam, dia juga ada berkongsi gambarnya bersama bekas isterinya itu keluar makan bersama.

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

“Tak salah rasanya kalau saya keluar dengan exwife saya. Yang berlaku biarkan berlaku. Tak perlu bermusuh. Kita semua hambaNYA. Dilahirkan atas rasa CINTA. Kenapa perlu letak BENCI bila tidak lagi bersama,” luahan hatinya di ruangan kapsyen.

Rentetan daripada perkongsian Adam ini, ramai pengikutnya di Instagram telah mendoakan agar hubungan kedua-dua pelakon ini kembali bersatu semula.

nurinatiqah98_: Harap dpt rujuk blik inshaallah

IKLAN

hafizah.iskandar: semoga terbuka hati utk kembali bersama. semoga bahagia sentiasa.

annahalim08: akak doakan semoga kamu berdua bersatu semula aamiin aamiin aamiin aamiin such a cute couple … #rujukbalikplease …

ladyanna83: Allah hadirkan hujan kala panas ..adanya pelangi lepas tu kita tak tahu..semoga berjodohan kembali..☺

IKLAN

mylea_cakes: @zalifsidek .. harap dorang dpt bersatu… coz.. love sangat dgn relationship dorang… @adamshahz @fatinafeefa …

Terlihat juga di ruangan komen tersebut, Adam telah membalas kata-kata doa mereka dengan mengucapkan terima kasih atas doa semua buat dirinya serta bekas isterinya.

Rujuk Semula: Adam Shahz – Fatin Fikir Panjang

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Adam itu, tidak semestinya jika sudah berpisah, hubungan yang sudah terjalin lamanya harus bertukar menjadi musuh. Kita doakanlah yang baik-baik buat mereka berdua jika ditakdirkan jodoh mereka masih panjang maka tiba waktu yang tepat mereka akan bersatu semula.

Sumber: Instagram Adam Shahz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI