Nama Ruhainies kembali panas apabila ada blog menyiarkan semula artikel kontroversi mengenainya bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red dan memuatnaik di Instagram.

BACA JUGA > http://www.mediahiburan.my/datuk-red-umum-serius-cari-bakal-isteri-ke-3/

Justeru, Ruhainies meminta pemilik mana-mana blog dan netizen agar berhenti mengaitkan namanya dengan suami kepada Adira Suhaimi dan Datin Red itu.

Ruhainies Minta Jangan Kaitkan Sebagai Isteri Ketiga Datuk Red

IKLAN

Ruhainies Minta Jangan Kaitkan Sebagai Isteri Ketiga Datuk Red

Tambah pelakon Menantu Tingtong ini lagi, cerita antara dia dengan Datuk Red sudah lama berlalu dan dia menganggap perkara itu sudah pun lama selesai.

IKLAN

“Saya dan dia tiada kena mengena dan tak perlu kaitkan lagi beliau dengan saya. Harap semua faham.

 

“Sebelum ini pun saya dah jelaskan antara kami hanya sekadar urusan kerja sahaja. Malah, dia pernah memberi penjelasan tentang situasi sebenar.

 

“Perkara tersebut juga sudah lama berlalu. Saya rasa tak patutlah nak kaitkan lagi,” kata Ruhainies ketika dihubungi sebuah portal online.

Ruhainies juga berkata dia dan ahli perniagaan itu sudah lama tidak berhubung sejak tersebarnya video bersama tahun lalu.

IKLAN

Pelakon kecil molek ini berharap pemilik blog tersebut agar lebih memberi fokus pada pelakon wanita bernama N yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Datuk Red.

“Saya dah lama tak berhubung dengan dia. Apa kata… blog yang tidak bertauliah itu fokus kepada pelakon wanita bernama N.

 

“Sepatutnya mereka cari cerita tentang wanita itu, bukannya saya,” tegas Ruhainies.

Terdahulu, mereka pernah terkantoi apabila tersebarnya video suami kepada Adira merangkul pinggannya ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI