“RT Untuk Cik B, Like Untuk BTS,” – Apa Kebendanya Ni?

Share

Kecoh di laman Twitter hari ini apabila netizen diminta untuk memilih antara anak kepada Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B ataupun, grup Kpop popular, BTS.

“For research purpose, RT (retweet) untuk Cik B, like untuk BTS,” tulis individu tersebut.

Setakat ini, sebanyak 9,876 retweet dan 2,437 like diperolehi.

Susulan itu, kelihatan banyak respon yang berbeza netizen mengenai perkara tersebut. Ada yang memberikan sokongan kepada Cik B, namun ada juga yang mengecam anak jutawan tersebut.

Perkara itu turut sampai ke pengetahuan DSV yang bertanyakan perkara itu di laman Instagramnya.

“Saya pun tak tahu @cikb_havoc66 #cikb. Banyak yang KUTuk..Banyak yang support..Ha ha.Ni pilihan untuk apa dalan Twitter ye?,” soalnya.

Sebelum ini, soalan yang sama diutarakan netizen Twitter iaitu soalan mengenai pelawak, Ebby Yus dan juga grup yang sama.

Ternyata, Ebby Yus mendapat lebih banyak RT iaitu 18.7 ribu manakala BTS hanya memperoleh 3,695 likes sahaja.

Foto/Instagram: Cik B & Carian Google

IKLAN