Roy Ayers, penyanyi, pemain vibrafon jazz dan komposer, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.
Berita pemergian beliau disahkan oleh keluarganya dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa, 4 Mac 2025.
“Dengan penuh kesedihan, kami mengumumkan bahawa Roy Ayers telah meninggal dunia di New York City selepas sekian lama bertarung dengan penyakit,” kata kenyataan itu.
Sebagai figura penting dalam dunia muzik, Roy bukan sekadar seorang pemain vibrafon, tetapi juga dikenali sebagai Godfather of Neo Soul yang banyak memberi inspirasi kepada generasi pemuzik dari pelbagai genre.
Ads
Karya-karyanya menjadi sumber rujukan utama dalam muzik hip-hop dan R&B, dengan lagunya sering dijadikan contoh oleh artis ternama seperti Mary J. Blige, Common, Kanye West, A Tribe Called Quest, Junior MAFIA, dan Tyler, the Creator.
Sepanjang kerjayanya yang bermula sejak tahun 1963, Roy telah mengeluarkan puluhan album dan berjaya membina satu legasi besar dalam dunia jazz-funk.
Ads
Lagu popularnya, Everybody Loves the Sunshine yang didendangkan bersama kumpulannya, Roy Ayers Ubiquity, terus menjadi lagu ikonik sepanjang zaman, malah sering dimainkan dalam filem, iklan, dan projek muzik moden.
Ads
Walaupun beliau kini tiada, legasi muziknya akan terus hidup dan menjadi inspirasi buat pemuzik generasi akan datang.
Roy Ayers meninggalkan seorang isteri, Argerie, serta dua anak mereka, Mtume dan Ayana.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit drama, Datuk A Aida, 55, berlapang dada dan akur apabila anaknya, Wan Az Aleesa, 27, perlu menangguhkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia terlebih dahulu.
Ini kerana, dia menerima berita gembira apabila anak sulungnya itu kini disahkan hamil enam minggu.
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang mengakui pada awal dia berharap agar Aleesa dapat menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal anak.
Namun, dia reda atas asbab rezeki zuriat adalah ketentuan Allah SWT.
“Anak saya baru hamil enam minggu, Alhamdulillah. Cuma ketika dia hendak kahwin dulu, saya ada luahkan kepadanya agar selesaikan belajar sebelum hamil.
“Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan rezeki zuriat itu.
“Jadi, buat masa sekarang dia tangguhkan pengajiannya dan kini bersama dengan menantu, dia bantu menguruskan perniagaan homestay saya di Pahang,” katanya.
A Aida pada masa sama menambah, kehamilan ketika masih dalam pengajian pasti akan memberi cabaran buat anaknya.
Justeru, Aleesa kini berehat sementara sehingga selamat melahirkan anak pertamanya kelak.
“Bukan senang nak dapat rezeki anak. Ini kerana saya sendiri melihat ramai pasangan yang lama berkahwin dan masih tidak dapat anak, berusaha macam-macam termasuk buat IVF untuk miliki zuriat.
“Apabila Allah dah berikan rezeki zuriat kepada anak saya, tak akan pula nak tolak dan tidak bersyukur.
“Saya kini berharap cucu nanti dilahirkan dengan sihat dan dipermudahkan segala urusan nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Wan Az Aleesa mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Zain Azrai Abdul Aziz, pada 15 Julai 2023 dalam satu majlis pernikahan di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain Aleesa, A Aida turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Wan Azevanatassha, 22, dan Muhammad Rahul, 15.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian dengan aksi di luar kotak apabila dia memilih untuk berbuka puasa di atas platform papan iklan gergasi pasar raya di Jalan Kebun, Shah Alam, kelmarin.
Menerusi video yang dikongsikan, aktor berkaliber itu berkongsi detik mencabar apabila dia memanjat untuk ke papan iklan berkenaan sebelum menikmati juadah berbuka bersama beberapa pekerja.
“Sekarang ni aku buat kerja gila sikitlah. Nak pergi buka puasa dekat atas ni. Aku lagi ada tujuh minit untuk berbuka puasa dekat atas. Mengah juga dah tua-tua ni,” katanya.
Rosyam turut berkongsi satu lagi video yang kini sudah pun tular di media sosial.
“Korang buka puasa di mana? Kat rumah? Huh! Lemau,” selorohnya sambil menikmati panorama senja.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan konten yang dikongsikan.
Malah tidak kurang yang mengaitkannya dengan watak Iman yang dibawanya dalam drama Keluarga Itu. Antaranya;
“Cane dia rekod? Cameraman terbang ke?”
“Selagi tak menggigit, biarkan ia memanjat.”
“Sempat lagi promo tu.”
“Ni baru betul Tailong, tak goyang.”
“Padu konten. Tak berani saya nak panjat. Pernah panjat separuh jalan. Insaf, turun balik.”
Sehingga kini, kedua-dua video yang dimuat naik masing-masing sudah menerima lebih 500,000 tontonan pengguna TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ifa Raziah meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila dituduh netizen sengaja berpura-pura pengsan di acara StarVendors KL Mega Raya Fest 2025, yang berlangsung beberapa hari lalu, di KL Base, Kuala Lumpur.
Tuduhan tersebut memberi kesan mendalam kepadanya, terutama apabila niatnya yang hanya ingin memberi yang terbaik dalam acara itu disalah anggap.
“Bila saya nak menuju ke pentas utama untuk ditemu bual, sebelum itu sudah rasa mual-mual dan nak muntah. Bukan saya buat-buat, apa yang saya makan dan minum semuanya keluar (muntah).
“Kepala saya juga pening, tak boleh nak berdiri tegak. Nasiblah ada pengawal peribadi kiri-kanan yang pegang saya. Saya ada minta minyak angin sebab pening dan minta rakan media untuk tunggu sekejap.
“Kemudian saya sudah tak ingat apa-apa, sudah ‘padam’. Cuma rasa ketika itu badan saya seperti digoncang-goncang ibarat gempa bumi.
“Nak bercakap pun tak boleh tak tahu (ketika itu) saya ini hidup atau mati. Bila saya sedar, berada di hospital dan doktor tepuk bahu saya bertanya nama.
“Bila buka mata secara perlahan-lahan, saya bertanya di mana suami dan anak-anak,” katanya, berkongsi mengenai momen yang menjadi sorotan ramai itu.
Lebih memilukan, Ifa turut berkongsi bahawa ada segelintir individu yang mendoakan dirinya pendek umur pada 10 malam terakhir Ramadan.
Bagi Ifa, situasi tersebut amat mengecewakannya kerana di saat umat Islam sepatutnya saling mendoakan kebaikan, masih ada yang memilih untuk menyebarkan kebencian.
Namun, dia bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan terdekat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sokongan.
“Ketika itu, bacaan tekanan darah saya 177. Saya tiada darah tinggi, cuma darah saya rendah. Ini pertama kali saya pengsan dalam hidup dan saya tak salahkan netizen yang komen saya pura-pura pengsan.
“Malah suami sendiri pun tak percaya sehinggalah dia berkongsikan balik momen saya waktu awal-awal alami insiden itu. Barulah dia betul-betul sedar yang saya ketika itu sakit, pengsan.
“Iyalah, kita ni umur semakin meningkat. Kita ingat diri ni masih lagi muda. ‘Enjin’ pun sudah berkarat.
“Jadi disebabkan inilah ada sesuatu yang saya belajar. Walau sekuat mana kita kerja mencari rezeki sekalipun, waktu rehat itu perlu ada.
“Namun ada yang saya baca, netizen doakan agar saya mati cepat. Saya terfikir apa salah saya atau apa hutang saya pada mereka hingga sanggup mendoakan kematian orang lain?
“Kita di bulan Ramadan dan sesama Islam, kenapa nak mendoakan saya begitu? Apa pun, saya positif. Cuma bila ada komen yang sedemikian, saya jadi sedihlah. Kenapa ada yang begini kejam.
“Saya sampai menangis dan peluk suami dan dia pujuk saya untuk lebih kuar, terus berdoa dan banyakkan bersabar,” katanya lagi.
Walaupun dilanda pelbagai kecaman, Ifa menegaskan dia tidak akan patah semangat dan akan terus bangkit meneruskan perjuangan dalam industri seni dan perniagaan.
Bagi Ifa, setiap dugaan adalah ujian yang mematangkan dan menguatkan dirinya.
“Saya manusia yang jarang untuk patah semangat. Bagi saya, ada masa kita berjaya dan sebaliknya. Tak ada semua yang kita lakukan akan dapat hasil yang diharap-harapkan.
“Kita kena terus belajar dan suami turut ingatkan saya untuk sentiasa reda dan berlapang dada. Bila kita reda, kita akan rasa lebih tenang.
“Syukur, sebab saya ada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Ada di sisi walau dalam apa keadaan sekalipun, terima kasih,” katanya.
Ahad lalu, penyanyi lagu Gemerincing Rindu yang kini kian pulih, dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara, dipercayai akibat tekanan darah rendah dan keletihan melampau.
Suami Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman kemudiannya memaklumkan isterinya itu berada dalam keadaan stabil namun masih perlu mendapatkan pemantauan susulan doktor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.