Rosyam Nor Timang Cucu Kelima; “Hadiah Besar Allah Ramadan Kali Ini, Penyambung Zuriat Aku.”

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang telah selamat menimang cucu kelima, awal pagi tadi.

Rosyam memaklumkan berita gembira itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.

Meneurusi video pendek yang dikongsikan itu, ia memaparkan Rosyam sedang memangku cucu yang baru dilahirkan.

“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadan kali ini. Lahir seorang lagi cucu kelima penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi.

“Mak dengan ayahnya big boss @adraabyrosyam minta aku berikan nama,” tulis Rosyam pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira sambil menitipkan kata-kata yang baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN