Wow, setelah berjaya membangunkan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd menjadi antara produksi yang dikenali ramai, kini Datuk Rosyam Nor bakal membuka sebuah pasa raya miliknya sendiri untuk membuat amal jariah kepada masyarkat yang kurang mampu.

Rosyam bakal membuka pasar raya yang dikenali ST Rosyam Mart di ibu negara pada 1 Disember depan. Tahniah buat Rosyam, nampaknya, aktor itu kini giat aktif beramal selain menjadi duta kepada rumah ngaji Karangkraf.

Pasar raya itu akan menjual produk popular pengguna tempatan iaitu sekampit beras lima kilogram dan seekor ayam dengan harga hanya RM1!

Hasrat murni tersebut dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan ketika muncul sebagai tetamu undangan dalam slot Inspirasiku untuk segmen Warna Pagi terbitan Maslina Alias menerusi stesen radio IKIMfm pada Selasa yang lepas.

IKLAN

INSPIRASIKU | Mari beroleh inspirasi dari perkongsian rahsia kejayaan daripada Datuk Rosyam Nor, Pelakon dan Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading SDN BHD

Posted by IKIMfm on Monday, 30 October 2017

“Insya Allah dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember nanti dan seminggu pertama, saya ada bincang dengan rakan kongsi untuk jual ayam seekor dan beras sekampit lima kilogram hanya RM1 aje,” kata beliau lagi.

Pasar Raya itu menurut Rosyam akan dibuka di pinggir ibu kota, Setiawangsa dan menawarkan harga murah kepada pelanggannya.

IKLAN

“Ini juga untuk bantu mereka yang kurang mampu dan kita bersyukur dapat banyak bekalan pada harga rendah daripada pelbagai pembekal di seluruh negara sebagai rakan perniagaan,” jelas aktor berusia 50 tahun itu.

Menurut pelakon drama Masih Ada Cinta itu, usaha ini adalah lebihan rezeki yang dapat dia kongsi bersama masyarakat.

IKLAN

Selain itu, Rosyam turut menubuhkan sebuah syarikat dikenali sebagai Suhan Agro kini aktif dalam penghasilan pelbagai produk asas tani dan terbaharu ialah teh durian belanda serta dikatakan mampu menawarkan risiko kanser.

Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal bakal muncul di pawagam tempatan menerusi filem komedi terkini, Rempit Sampai Langit mulai 23 November depan.

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI