Uncategorized

Rosyam Nor Bakal Buka Pasar Raya Awal Februari Depan

Share

Pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor tidak lama lagi akan membuka sebuah pasar raya pada bulan Februari nanti.

Menurut Rosyam menerusi satu sumber memberitahu bahawa ideanya untuk membuka sebuah pasar raya tercetus sejak dua tahun yang lalu.

“Insya-Allah, awal bulan Februari ini saya akan melancarkan sebuah pasar raya dengan nama ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

 

“Setakat ini kami sedang menjalankan kerja renovasi di peringkat akhir sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

 

“Sebenarnya saya sukar mencari sebuah pasar raya yang persekitarannya bersih, cantik, kualiti barangan yang segar serta tawaran harga berpatutan. Justeru, saya nekad mengusahakan sebuah pasar raya borong yang berpangkalan di Setiawangsa untuk cawangan pertama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon dan penerbit ini lagi, nama pasar rayanya ini diambil bersempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.

“ST Rosyam Mart bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang tidak pernah diwujudkan oleh mana-mana pasar raya lain di Malaysia.

 

“Saya yakin pengunjung akan berpuas hati dengan konsep pasar raya ini dan boleh mendapati pelbagai barangan keperluan sama ada barang kering dan basah di sini dengan harga yang berpatutan,” katanya.

MH juga sempat meninjau akaun instagram pasar raya yang bakal dibuka oleh Rosyam ini dan di situ, MH terlihat satu video perkongsian rosyam yang mengatakan sepatutnya pasar raya itu telah beroperasi pada 1 Disember 2017 yang lalu namun terpaksa ditunda kerana ada beberapa perkara teknikal dan renovasi pada pasar raya tersebut yang masih belum selesai.

Apapun MH doakan agar segala urusan Rosyam untuk membuka pasar raya tersebut berjalan lancar.

Sumber: Harian Metro & Instagram ST Rosyam Mart

IKLAN