Penyanyi Datuk Seri Rossa memuji semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menjalankan gerakan memboikot mana-mana individu atau jenama yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman yang dilakukan tentera Zionist.
Menurut Rossa, gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia namun, dia tetap percaya semua pihak mempunya cara tersendiri untuk menunjukkan sokongan.
“Gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Ketika berada di Malaysia, saya sangat merasakan semangat itu.
“Di Indonesia pula, ada sebahagian yang memboikot dan ada juga dengan pandangan masing-masing.
“Namun, semangat solidariti rakyat Indonesia terhadap saudara di Palestin tidak pernah berkurang. Mereka juga kerap mengadakan demo pada hari minggu,” katanya kepada MH.
Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta ini juga kagum dengan
stesen tv di Malaysia yang turut terlibat untuk mengadakan kempen solidariti buat Palestin.
“Semangat solidariti di Malaysia juga sangat kuat. Mungkin disebabkan populasi Indonesia yang sangat besar, gerakan boikot itu agak tidak menonjol.
“Malah, di sini juga, stesen tv seperti Astro turut menunjukkan sokongan dan memberikan sumbangan buat saudara mara kita di Palestin.
“Jadi, saya rasa semangat itu sangat luar biasa,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Rossa turut mendedahkan dirinya kini sudah tidak lagi menerima sebarang bentuk kerjasama dengan jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.
“Buat masa sekarang, saya tidak lagi menerima tawaran untuk bekerjasama dengan jenama-jenama pro-Israel.
“Sebenarnya saya memang jarang mahu menerima tawaran daripada jenama yang terlalu mahu menjual.
Ads
“Saya lebih selesa bekerjasama dengan jenama yang santai dimana saya hanya perlu menghadiri acara dan bukannya terlalu ‘hardsell’,” akhirinya.
Terdahulu, Rossa bakal berkongsi pentas dengan tiga orang penyanyi tersohor tempatan menerusi konsert ‘Divas & Diamond 2024’ yang bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.
Tiga artis tersebut ialah Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan seorang lagi penyanyi yang akan diumumkan tidak lama lagi sebagai kejutan.
Tiket konsert ini bakal dijual bermula pada harga RM288 sehingga RM888.
Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan melibatkan pasangan pelakon, Intan Ladyana dan juga Harris Alif di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar jam 10 pagi.
Kedua-dua mempelai dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan putih yang sedondon.
Malah, pasangan ini juga sekali lagi mencuri tumpuan menerusi busana yang dikenakan sewaktu sesi pengambaran ‘pre wedding’.
Intan dan Harris masing-masing memilih untuk memakai suit sewaktu sesi pengambaran tersebut berlangsung.
Kesemua foto-foto berkenaan dikongsikan Hatta menerusi akaun Instagram miliknya.
Lalu, rata-rata peminat dan rakan artis menyifatkan rekaan tersebut praktikal dan sesuai untuk dikenakan pasangan selebriti tersebut.
Malah, ada juga individu yang berseloroh memberitahu, mereka sudah tidak sabar menantikan busana hasil rekaan Hatta buat bakal isterinya sendiri satu hari nanti pula!
Bagaimanapun, Hatta menjelaskan, andai dia dipertemukan jodoh, dia lebih gemar pasangannya untuk mengenakan persalinan yang ringkas tatapi tetap mengekalkan keanggunannya.
“Kalau ada jodoh, mesti I design untuk dia tapi percayalah I’m a simple person. I suka tengok orang pakai simple thing yang boleh enhances pemakai.
“Tak banyak event. All sederhana tak banyak tetamu. That my plan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan semoga Hatta lekas dipertemukan jodoh selepas ini.
Sumber: Instagram Hatta Dolmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar ada berkongsi cerita selepas melahirkan anak keduanya pada 2 Januari yang lalu.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya,Raden Seri Rossabella Cinta dipermudahkan.
Selain itu, Mawar memberitahu pengalaman ibersalin ini telah banyak memberi kesedaran buat dirinya.
“Alhamdulillah Syukur Allah berikan nikmat lahirkan anak buat kali ke-2.. nikmat kesakitan yang bnyk menginsafkan Mawar..
“Pengorbanan bersalin ni buat Mawar sedar, dalam hidup kita, untuk kita mendapat sesuatu yg kita betul2 nak, kita kene berkorban dulu.. bukan senang2 nak dapat apa yg kita nak..
“Dan masa nak lahirkan tu, Mawar hanya serah kepada Allah, dan minta pertolongan Allah moga Mawar selamat lahirkan baby Cinta..
“We did it Cinta mommy.. kita sama2 bertarung nyawa.. Mommy pegang amanah sbgai seorang ibu, mommy akan sentiasa doakan Cinta & cuba didik Cinta & anak2 mommy yg lain utk jadi hamba yg dicintai Allah S.W.T.
“terima kasih mudahkan mommy.. Alhamdulillah Ya AllahMacam x percaya dah ada 2 orang anak.. @rossabellacinta @mawarrashid2,” tulisnya.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...