Selamat diijabkabulkan pada 20 Disember tahun lalu, pelakon Farah Nabilah dan suami, Mohammed Amirul Yunus kini sedang menikmati percutian bulan madu di Maldives.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek di Instagram miliknya.
Artis versatil, Alif Satar tidak menyangka bekerjasama dengan pelakon, Rozita Che Wan menjadi sesuatu yang luar biasa dan menghiburkan.
Kongsi Alif, meski kehadiranya dalam industri hiburan sudah mencecah 14 tahun, namun ini merupakan kali pertama bergandingan dengan pelakon wanita itu menerusi drama bersiri komedi aksi, Family Spy di saluran Astro Ceria.
“Selama saya 14 tahun dalam inudustri, saya tak pernah jumpa dia (Che Ta) untuk berborak panjang dan duduk satu meja.
“Walhal, industri hiburan tempatan kecil sahaja, saya tidak begitu mengenali dia sebelum ini,” katanya kepada MH.
Alif ditemui di Great Eastern Mall, Ampang pada Isnin sempena pengenalan drama bersiri terbaru Astro Ceria terbabit.
Tambah penyanyi lagu I Want You To Love Me itu lagi, dia juga amat kagumi keperibadian ibu kepadatiga cahaya maya itu yang disifatkan peramah dan tidak kekok berkongsi ilmu lakonan.
“Bekerja dengan Che Ta sangat seronok dan menghiburkan. Dia juga seorang yang baik. Kadang-kadang ‘pecah perut’ juga apabila dengar dia berleter dalam loghat utara.
“Saya sangkakan dia seorang diva dan diibaratkan seperti sebuah pasu bunga kurun ke-18 yang perlu dijaga dalam kaca bersama beberapa orang pengawal.
“Ia kelihatan sangat mahal dan perlu dilindungi sebaik mungkin.
“Tetapi apabila masuk sahaja di set pengambaran, baru saya tahu diaseorang yang ‘masuk air’ dan sama-sama belajar untuk mendalami karakter dengan jayanya,” kongsi Alif yang berharap untuk berkerjasama dengan pelakon wanita itu di masa depan.
Selain Che Ta dan Alif, antara pelakon yang terlibat adalah Sham Visa, Sharifah Shahirah, Datin Maria Farida, Nynaa Harizal dan Charis Chow.
Drama bergenre komedi aksi Family Spy akan disiarkan bermula 11 Mac ini jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model, Josiah Hogan awal hari ini ada memuat naik foto isterinya, Nurul Hidayu Noordin yang mengenakan topeng muka, menjalankan tugas sebagai jururawat.
Sedang sarat hamil anak ketiga mereka, Josiah menerusi ruangan kapsyen di Instagram ada menyatakan rasa kagum atas servis yang diberikan oleh pekerja sektor awam.
Apatah lagi, ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.
“Isteri saya sedang mengandung dan masih di luar sana menjalankan tugas sebagai jururawat untuk merawat pesakit.
“Mungkin ramai tak nampak bagaimana jururawat, doktor, polis dan lain-lainnya yang terpaksa berdepan dengan orang awam di negara ini.
“Kagum dengan mereka yang masih bekerja dalam situasi COVID-19,” tulis aktor Mimpi Sabrina ini.
Kepimpinan melalui tauladan, itulah yang boleh disinonimkan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika keluar membeli belah barangan dapur di sebuah pasaraya.
Kini digelar sebagai ‘Tan Sri Abah’ atas sifat penyayang yang ditonjolkan, tindakan Muhyiddin mengamalkan asas kebersihan dan turun padang meninjau keadaan rakyat mendapat pujian.
Malah, netizen turut berseloroh berjenaka Muhyiddin bukan sahaja bijak memimpin negara, namun handal membeli barangan dapur tanpa memerlukan senarai barangan di tangan.
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.
“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” tulisnya.
Mendapat perkongsian lebih 7 ribu perkongsian di Facebook, rata-rata netizen meluahkan penghargaan atas tindakannya meninjau sendiri keadaan semasa yang berlaku.
Foto : Instagram & Facebook Muhyiddin Yassin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.