Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikejutkan dengan majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-36 oleh isterinya, Scha Alyahya di Hotel Stripes Kuala Lumpur semalam.
Menurut Awal, dia sendiri tidak menjangkakan langsung tentang majlis tersebut kerana terlalu awal berbanding tarikh sebenar iaitu 6 Ogos.
Awal juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kesayangan, Scha dan sahabat-sahabat baiknya kerana bersusah payah merancang majlis ulang tahun tersebut.
Dalam pada itu, pasangan selebriti yang popular ini juga turut memuat naik beberapa foto saat-saat manis di akaun Instagram masing-masing.
Ternyata sambutan yang diadakan begitu meriah sekali berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan.
Ruangan komen dibanjiri dengan komen para peminat memberi ucapan
ucapan selamat hari jadi kepada Awal serta tak kurang juga yang memuji Scha sebagai isteri yang sweet dan penyayang.
Untunglah Awal, isteri pun cantik menawan, pandai ambil hati suami pulak tu!
Di sini MH kongsikan foto-foto kemeriahan tersebut khas buat peminat Awal dan Scha:
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI