Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhkriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras tanpa diketahui penyakit sejak Rabu.
Berita itu disahkan oleh rakan baiknya, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman memetik laporan Berita Harian.
Menurut Salwa, dia yang masih terkejut dengan berita itu berkata doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi itu tidak pernah mengalami penyakit serius sebelum ini.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui.
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hadir tepat jam 8.55 pagi Isnin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Kelihatan tenang, Syamsul, 39, hadir diiringi peguam, Azmi Mohd Rais bersama sepupuny, Rizal Ashref selaku wakil JKP Syamsul.
“Jumpa sekejap lagi,” ringkas kata Syamsul kepada pihak media.
Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, kemelut rumah tangga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof bakal berakhir selepas dia bersetuju untuk melafazkan talak terhadap isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.
Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
“Kedua-dua pihak sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik.
“Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz cerai.
“Tarikh baharu adalah 18 April depan, untuk mencari persepakatan mengenai terma-terma yang sudah pun dibincangkan.
“Pada hari itu, kita akan rekod di Mahkmah Rendah dan Mahkamah Tinggi kerana membabitkan anak-anak. Anak-anak adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod keMahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai proses JKP, Akberdin berkata semuanya sudah selesai kerana kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk memuktamadkan tarikh penceraian.
“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.
“Alhamdulillah kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.
“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulilillah berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.
“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.
“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.
Terdahulu, sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dirinya hanya berpeluang merasai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan selepas dia berusia 28 tahun.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, untuk merasai nikmat tersebut, seseorang itu harus bekerja dengan kuat ketika usia mereka masih muda.
Katanya lagi, ketika ini, dia baru dapat merasai nikmat berehat setelah berjaya mencapai misi-misi tertentu di dalam hidupnya.
“Saya selalu perasan, generasi sekarang, mereka mahukan kehidupan dan kerja yang seimbang.
“Minta maaf, saya ada kehidupan kerja yang seimbang ketika usia saya 28 tahun selepas saya sudah pun mencapai amaun tertentu, beli dua buah rumah dan kereta,” katanya.
Pelakon drama Puteri Lindungan Bulan itu berkata sedemikian menerusi program podcast, Studio Sembang di laman YouTube, ATHQ Media.
Jelas Janna lagi, dia bukan berniat untuk berlagak sebaliknya hanya menceritakan mengenai realiti masa kini.
“Apa yang saya katakan ini bukan untuk berlagak tapi saya nak bagitahu, saya hanya boleh bertenang seketika ketika saya sudah pun mencapai misi-misi tertentu dalam hidup saya.
“Kalau impian hidup yang pertama pun anda masih belum capai, jangan pernah terfikir untuk punyai waktu kerja yang seimbang.
“Melainkan ibu bapa anda kaya atau anda memang nak kahwin lelaki kaya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan dirinya tidak sempat merasai keseronokkan ketika zaman kerana zaman remaja kerana sibuk bekerja.
“Saya tidak mempunyai fasa di mana saya menikmati zaman remaja saya. Saya tak sempat nak merasai momen-momen seperti melepak dengan kawan-kawan. Baru sekarang saya boleh relax sedikit.
“Kita memang kena berkorban. Kita tak boleh menjangkakan untuk hanya bekerja selama lapan jam. Kemudian punyai ‘me time’ dan ada masa bersama kawan-kawan.
“Kalau kita nak berada di satu tahap yang lain. Kita kena buat perkara yang orang lain tak buat. Kita kena bekerja dengan lebih keras,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan perkongsikan tersebut selain turut berharap agar turut sama dapat merasai nikmat kejayaan seperti orang lain.
“Terima kasih kerana berkongsi cerita awak Janna. Saya sangat sukakan episod kali ini. Hos juga bagus macam selalu.
“This so inspiring. Thank you for this hreat podcast.
“Janna, we really proud of you.
“Janna ini seorang yang bekerja keras. Sebab itu dia layak mendapat kejayaan apa yang dia ada sekarang. Kalau ada bakat tapi tak bekerja keras pun tidak akan ke mana.
“Awak sangat memberikan inspirasi Janna. Awak antara artis yang membuatkan saya ingin bekerja keras,” antara komen-komen netizen di Youtube.
Setakat ini, video podcast berkenaan telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan di laman YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & YouTube Studio Sembang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.