Ads

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Bersempena sambutan Syawal tahun ini, Rocketfuel Entertainment (RFE) tampil memeriahkan musim perayaan dengan memperkenalkan tujuh lagu raya baharu yang hadir dengan pelbagai warna muzik, emosi dan penceritaan.

Daripada irama rancak yang moden dan ceria sehinggalah genre balada yang lebih emosional, lagu-lagu raya terbitan RFE menggambarkan kepelbagaian suasana serta perasaan yang sering dikaitkan dengan Aidilfitri.

Lebih menarik, kesemua lagu ini tidak sekadar dilancarkan secara berasingan, sebaliknya karya-karya ini digabungkan dalam sebuah ‘universe’ dan EP khas yang menampilkan konsep penceritaan yang saling berkait.

Gabungan Alpha & Hael Husaini Cipta Sensasi

Keserasian diantara kumpulan boy band meningkat naik, Alpha dan penyanyi, Hael Husaini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Selepas kejayaan lagu Bujang, Alpha dan mentornya, Hael sekali lagi bergabung melancarkan lagu raya terbaharu berjudul, Raya Macam Raya.

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Menurut Hael, lagu ini mengetengahkan keterujaan membuat persiapan raya dan memastikan segala kelengkapan Syawal tersedia sempurna.

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Ads

Bukan setakat itu, Alpha dan Hael turut melancarkan single lagu raya solo berjudul Rindu Raya dan Lagu Raya Untukmu sebagai hadiah buat peminat masing-masing.

Wani Kayrie & Nadeera Mahu Cipta Momen Aidilfitri

Selepas berjaya mencetuskan fenomena luar biasa, penyanyi, Wani Kayrie kini kembali dengan single raya berjudul, Kampung Kita yang juga merupakan kesinambungan kepada lagu Cak Cak Cekuk.

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Lagu ini berkisarkan tentang keterujaan pulang ke kampung bukan sahaja untuk bertemu keluarga malah untuk berjumpa insan yang disukai.

Ads

Sementara itu, penyanyi, Nadeera turut mencuri tumpuan apabila melancar single raya terbaharu berjudul, Restu Raya.

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Menurut Nadeera, dia berharap agar lagu ini dapat mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan ini bersama ahli keluarga di musim perayaan.

Kolaborasi Unik Sharul Kamal & Mierul Aiman

Siapa sangka pelakon berbakat besar, Mierul Aiman yang sering kali muncul di kaca tv dan layar perak kini tampil dengan single raya pertama berjudul Duit Raya.

Ads

Rocketfuel Lancar 7 Lagu Raya Baharu Dalam 1 ‘Universe’! Tampilkan Alpha, Hael Husaini, Mierul Aiman, Nadeera & Ramai Lagi

Lagu duet bersama penyanyi, Sharul Kamal ini membawa mesej yang cukup
dekat dengan realiti masyarakat masa kini.

Meskipun berbeza status dan latar belakang, Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh keikhlasan dan kebersamaan, bukan semata-mata kerana harta.

Single Kejutan Sebagai Penutup ‘Universe’ Raya

Sebuah lagi karya daripada Universe Raya Rocketfuel masih lagi menjadi tanda tanya. Dikhabarkan lagu ini akan dilancarkan secara rasmi bermula 6 Mac ini.

Rata-rata peminat sudah berteka-teki dan tidak sabar untuk menantikan kejutan itu.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam EP Universe Raya Rocketfuel kini boleh didengari di seluruh platform penstriman dana muzik video pula boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Tak Perlu Tayang Bahagia… Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak, Pilih...

Timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga sedang bergolak, pelakon Yusuf Bahrin menjelaskan hubungannya bersama isteri yang juga penyanyi Zizi Kirana masih berada dalam keadaan baik.
error: Hello. Cannot.